Showing posts with label Samsiah Mohd Nor. Show all posts
Showing posts with label Samsiah Mohd Nor. Show all posts

04 March, 2009

Bulan Berbisik



Andai malam bisa merisik, pasti purnama akan berbisik. Berbisik tentang cinta… tentang derita… tentang madu… tentang hempedu. Menikmati keindahan purnama di sebalik jendela, Khadijah sedar bulan ciptaan-NYA penuh rahsia, bagai mengungkap rahsia dirinya. Bila rasa ngilu kian terasa, dia mengembara mencari diri. Kusedari… betapa selama ini aku tertipu dengan bayang-bayang mentari, sedangkan rembulan sudah lama menghuni. Kuakui… mengujiku adalah mainan-Mu. Memberi juga adalah limpah kurnia-Mu. Mengambil juga adalah hak-Mu. Justeru aku kian berani menempuh realiti ini. Lalu, Khadijah mencari Aima. Mahu dilamarnya. Namun, dimana? Aima Adawiyah mencari satu pengabdian tapi dia bertemu cinta. Cinta yang pernah dihumban jauh dari hidupnya. Hatinya menjadi celaru, langit jiwanya berubah biru. Di persimpangan, Khadijah dan Aima bertemu. Kedua-duanya mengusung cinta yang ketara berbeza.

Code : SMN007

Rental Price : RM4

Tangisan bulan Madu 4



Lautan mana tidak bergelora, bumi mana tidak ditimpa hujan? Begitulah ibaratnya kehidupan Amira dan Bada. Kerukunan bahtera hidup mereka berdua mulai bergoncang akibat beberapa faktor. Amira yang sabar, baik hati dan suka mengalah turut merasakan gegarannya. Akhirnya dia memendam perasaan dan menganggap dirinya ibarat melukut di tepi gantang di mata Bada. Razlan yang sedari dulu menyimpan kasih padanya sentiasa memberi kekuatan dan membawa sinar ceria dalam hidupnya. Sementelah kenangan bersama arwah Bogatt tetap mekar malah tidak pernah mati. Persoalannya apakah konflik yang mereka hadapi? Mampukah Amira bertahan? Mampukah Amira menelan segala getir kehidupan? Apakah kesudahan cinta kasih Razlan yang tidak pernah surut buat Amira? Sesungguhnya ajal maut, jodoh pertemuan di tangan Allah. Manusia merencana Tuhan yang menentukan.

Code : SMN006

Rental Price : RM4

Tangisan Bulan Madu 3



Kemelut hidup Amira tidak berkesudahan. Pengalaman yang dihirup dan dugaan yang mendatang kian mematangkannya. Janji dan sumpah setianya pada Bogatt tidak pernah dilupakan. Baru sahaja hendak mengecap bahagian dengan seseorang, dia dikejutkan dengan berita yang meruntun jiwa dan memamah hatinya. Siapakah lelaki yang hadir dalam hidup Amira? Azali? Razlan? Atau insan lain Apakah badai yang menimpanya.

Code : SMN003

Rental Price : RM4

Tangisan Bulan Madu 2



Bulan madunya tidak kesampaian. Bogatt lebih dahulu menemui Tuhan. Bertahun Amira cuba menyebak mimpi hiba itu. Namun semakin lama dan jauh dia pergi, kian kejap ingatannya terhadap Bogatt. Bogatt tidak pernah mati dalam hatinya. Kehadiran Razlan yang seiras Bogatt telah mengusik hati perempuannya! Siapakah Razlan yang tidak dapat diterimanya itu? Mengapa setelah gadis lain mengisi kekosongan Razlan, Amira berasa kecewa?

Code : SMN002

Rental Price : RM3

Tangisan Bulan Madu



Menganggur setelah memerah tenaga dan membuang usia untuk mendapatkan segulung ijazah dari universiti adalah pengalaman yang menyakitkan. Amira tidak dapat memenuhi harapan keluarga, kekasihnya memutuskan cinta untuk mengahwini gadis lain, percintaannya dengan Bogatt dihalangi oleh Puan Marina yang memilih darjat. Setelah akhirnya Bogatt berjaya juga memimpin tangannya ke pelamin, mereka tidak sempat berbulan madu. Mengapa?

Code : SMN001

Rental Price : RM2

Sangkar



Ah..., apa yang istimewa tentang aku? Tidak ada yang istimewa. Tidak ada yang menarik. Mereka tidak tahu keturunan aku yang serba kekurangan. Serba tidak punya. Aku hanya anak nelayan. Apalah istimewanya anak nelayan yang tercampak jauh dari kampong halaman sendiri. Yang dibuang ke daerah sepi. Dan rasanya…, kalaupun mengerti, hanya Mak Long saja. Kerana di rumah besar itu yang banyak bertanya tentang kisah hidupnya cumalah Mak Long. Andak tidak banyak bertanya. Tidak pernah mencungkil kisah hidupnya. Jauh sekali dengan Herman. Yang paling penting bagi Herman ialah anak-anaknya sendiri, fikirnya dengan sedih.

Code : SMN004

Rental Price : RM3

Sebening Langit Senja



Dia pandai membuat keputusan tapi keputusannya langsung tidak ambil kira akan hati dan perasaan orang lain. Masa hendak orang, ambil! Masa tak hendak, buang! Abang Bad pun satu, untuk Dayana semua pun boleh. Aku ni kadang-kadang tak wujud. Tak ada Dayana aku dicari, ada Dayana aku terus dilupai. Dah terpukau langit nan indah sampai lupa rumput yang dipijak.


code : SMN005

Rental Price : RM3