Showing posts with label Aina Emir. Show all posts
Showing posts with label Aina Emir. Show all posts

17 September, 2009

Nama Aku N



Nama betulnya Amanina, namun dia lebih senang dipanggil N sahaja. N terpaksa mengharungi keperitan hidup di dunia urban lagi cosmopolitan. Kemiskinan yang menghimpitnya telah membuat dia terasa rendah diri. Namun begiru, N mencari keseronokan dalam dunia imaginasinya. Dalam dunia itulah dia menjadi Cinderella. Kedamaian jiwa dirasai ketika terus melepak di stesen tren. N tak pernah menarik perhatian sesiapa jua kecuali Eric, remaja kacukan berketurunan Cina campur India. Eric yang tampan itu berwajah mirip jejaka Melayu. Dalam mencari sesuatu yang indah, perasaan remajanya mula goyah apabila berkenalan dengan Zafran. Dia terasa bagaikan terbanh di awangan. Sangkanya dia sudah berjumpa Prince Charming tetapi sesuatu telah berlaku. N cekalkan hati dan terus berjuang untuk mencapai cita-citanya. Eric pula kini menjadi teman baiknya, tidak mahu terima N sekadar teman tapi mesra…

Code : AE002

Rental Price : RM3

03 March, 2009

Seharum Kasih



Anehnya cinta, bila dua hati saling merindu pada bait kata-kata. Tanpa kenal wajah, tanpa dengar suara, Reeza dan Rasya saling bertingkah rasa. Bagi Reeza, hubungan ini harus dimaknakan segera. Namun, Rasya sering berdalih menyembunyikan resah. Mengapa sukar untuknya melafazkan cinta? sedangkan bahagia sudah di depan mata? sayang sekali… gossip dan fitnah melontarkan jauh cinta mereka. Rasya pergi dengan prasangka. Dia bertindak menerima kasih Fahmi untuk membalas sakit hati. Namun, akhirnya Fahmi melepaskan Rasya yang masih suci. Tetapi Rasya malu untuk kembali kepada lelaki sejujur Reeza. Dia sengaja menghilangkan diri agar jejaknya tidak dicari. Tetapi dunia yang luas ini tidak mampu memisahkan mereka. Pertemuan yang tidak diduga merapatkan kembali sisa cinta yang hamper padam. Tapi redhakah dia melukakan hati Hilda, tunangan Reeza? Kali ini Rasya tekad! Cinta Reeza harus direbut dan dimiliki!

Code : AE001
Rental Price : RM4