Showing posts with label Mimie Afinie. Show all posts
Showing posts with label Mimie Afinie. Show all posts

21 September, 2011

Maafkan Ku Sayang



Tanjung Resang, Mersing telah menjadi tempat pilihannya untuk membawa hati yang luka. Dia meninggalkan pekerjaan, kemewahan dan segala-galanya. Biarpun di bumi Mersing nan permai ini dia serba kekurangan, namun hatinya bahagia, jiwanya damai.

Ditempat itu juga dia bertemu Sarah Nadia yang membuatkan dia lupa pada memori semalam. Biarlah semua berlalu dalam lipatan sejarah. Namun, tidak semudah itu untuk miliki bahagia, Terlalu banyak onak duri yang menjadi penghalang.

Mungkin dalam kemelutan yang dilalui, Jeffri lebih berhak pada hati dan perasaan Sarah Nadia, gadis kampung yang berhati mulia, yang pernah juga suatu ketika terlalu mengharapkan cinta yang akhirnya telah membuatkan dirinya kecewa. Cinta yang tidak diberi penilaian yang saksama!

Code : MA001

Rental : RM4

Bila Dah Suka



Kata orang cinta pertama paling sukar untuk dilupakan. Kata orang lagi, bila kecewa dalam bercinta, kita memerlukan masa yang lama untuk sembuh. Benarkah begitu? Kalau benar, masakan dia senang sangat jatuh cinta dan senang pula melupakan.

Sebelum ini sudah dua kali. kuni hatinya terisi lagi dengan nama lain pula. Mungkin betul dia jenis yang tidak boleh dibuat baik. Pantang orang buat baik sikit, senang sangat nak beri hati. Entahlah.. tapi apa sekalipun, dia yakin yang dia cintakan si dia. Cinta sungguh-sungguh.

Code : MA004

Rental : RM4

Bukan Tak Sudi


Dia tidak pernah mencari. Malah tidak pernah terfikir pun untuk punya teman lelaki. Lagipun dia tidak mahu terburu-buru. Maklumlah bukan senang nak cari lelaki yang betul-betul sesuai dan kena dengan jiwa.

Tetapi, apabila emak asyik mendesak dan Syariff datang merisik, nak tanak dia terpaksa memikirkan hal itu dengan serius. Risau juga kalau emak terima risikna lelaki itu. Emak pon satu hal.. ai Sarip Dol tu juga yang dia nampak. Al datang tepat pada masanya di saat dia amat memerlukan. Orangnya boleh tahan sedap mata memandang. Rasanya-rasanya daripada si Syariff.. lima kali lebih baik Al tapi masalahnya hatinya tidak ada pada Al.

Kalau bukan Al, siapa pula? Omar, rakan serumah merangkap rakan kongsi perniagaan merangkap kembar siam along tu? Mintak simpang. Kalau Omar yang gatal lagi merenyam tu.. jangan harap dia nak terima. Daripada berkahwin dengan lelaki itu lebih baik dia jadi anak dara sampai tua. Bukanlah nak jual mahal tapi dia tanak menanggung risiko. Kalau bukan Syariff, Al atau Omar siapa pula agaknya yang akan jadi pilihan Anis Zulaika?

Code : MA005

Rental : RM5

09 April, 2009

Tinggallah Pujaan




Nurain, seorang kanak-kanak nakal, lincah dan periang. Meskipun tanpa ayah di sisi, dia tidak pernah peduli. Apatah lagi, dia punya Norman sebagai tempat menumpang kasih dan manja. Normanlah abang dan Normanlah juga sahabat. Malah dia juga ada Haikal, teman akrab yang sentiasa bersedia menjadi pelindung. Bahagianya tidak berpanjangan apabila Norman, terpaksa mengikut keluarganya berpindah ke Selangor. Perpisahan itu bagai meragut seluruh cerianya. Dia rasa amat kehilangan. Saban hari dia menunggu kedatangan warkah dan saban hari juga dia menanti kunjungan Norman. Namun, anak muda itu terus menyepi tanpa sebarang khabar berita. Masa berlalu dan silih berganti. Kini Nurain bukan lagi gadis cilik yang tidak mengerti apa-apa. Kedewasaan mengajarnya erti cinta dan rindu. Kepada siapa lagi harus ditumpahkan segenap rasa itu kalau bukan Haikal? Lelaki yang sentiasa menemani di saat susah dan senang, di kala suka dan juga duka. Tatkala hati sudah melupakan, Norman hadir semula menceriakan hari-harinya dan hari-hari Haikal juga. Namun, kiranya kedatangan itu telah mengubah segalanya…




Code : MA002


Rental Price : RM4

Kalau Ada Jodoh



Tiada siapa mahu sengsara. Tiada jua yang ingin menderita. Namun takdir Tuhan siapa mampu menepis? Setahun… hidupnya berteman duka. Terima kasih lelakiku atas ‘hadiah’ itu. Tatkala hati belajar melupakan… si dia hadir mengocak rasa. Juga lelaki itu… yang ingin menyambung kasih. Lalu siapa yang harus dipilih?

Faris… “Cincin ni, bukti abang serius mahu mengambil Rini sebagai isteri abang. Tapi… andaikata Rini tolak, anggap saja cincin ini sebagai hadiah daripada abang. Tanda yang lelaki ini pernah hadir dalam hidup Rini dan amat mencintai Rini.”

Pyan… “Salahkah kalau saya cintakan awak? Salahkah… kalau saya nak kahwin dengan awak? Tak cintakan saya pun tak apalah… tapi… apa kata kita kahwin dulu? Mungkin lepas kahwin, perasaan awak akan berubah terhadap saya.

Rini… “Buat masa ni, saya belum nak fakir pasal kahwin. Saya lebih suka hidup macam ni. Nak buat apa pun tak ada yang larang. Nak ke mana pun tak ada yang halang.” Memang itu pun yang sering berada di fikirannya selama ini. Dia tidak mahu pening kepala memikirkan tentang cinta. Baik cinta Faris, mahupun cinta Pyan.


Code : MA002

Rental Price : RM4