Showing posts with label Areila Sahimi. Show all posts
Showing posts with label Areila Sahimi. Show all posts

26 November, 2013

Yes Boss


Selain menjalankan tugas rasmi seorang setiausaha, Aryana juga dikehendaki menjalankan tugas ‘tak rasmi’ seorang setiausaha. Kena cover line untuk bosnya setiap kali bosnya mengular, juga ketika teman-teman wanita bosnya merajuk, perlu dipujuk dan sebagainya. Setiap arahan bosnya wajib dijawab dengan:- Yes, boss! Pening kepala Aryana meladeni setiap kerenah bosnya itu. Tetapi, boleh pula Aryana bertahan dengan sikap bosnya itu, hinggakan mereka semakin rapat.


Hati dan perasaan… siapalah yang dapat mengawalnya…. Dalam diam, Aryana telah jatuh hati dengan bosnya tetapi dipendamkan sahaja. Dia sendirian makan hati dengan sikap hidung belang bosnya itu.

Dan bila Aryana tiada di sisi, Ilham mula terasa kehilangan. Tatkala dia sedar bahawa dia memerlukan Aryana lebih daripada seorang bos memerlukan setiausaha, dia terpaksa pula berdepan dengan mantan mat rempit di kampung Aryana yang kini sudah bertukar menjadi tauke bengkel dan kolam ikan keli.

Code : ARS 002

Rental Price : RM4

23 June, 2011

Baju Pengantin Mak Andam

Aleeya dan Zain berjumpa di majlis perkahwinan pelanggan Kak ana. Mereka asalnya bukan sebulu. Namun kalau Zain dah menghulurkan salam perkenalan, Aleeya pun takdelah nak jual mahal. Jalan ajerlah sebab Aleeya bukan jenis orang yang sombong tak bertempat.

Aleeya dan Zain bermula sekadar kawan biasa, kemudian mereka mula masuk fasa teman tapi mesra. Zain kata sayang, Zain kata cinta. Tapi Aleeya blur tak tau nak kata apa sebab dia tak tau apa yang dia rasa. Yang dia tau dia fobia untuk jatuh cinta sebab dia takut kena tinggal, dia takut kecewa macam apa yang pernah dilalui sebelum ini. Dia jadi sangat keliru.

Tiba-tiba badai datang melanda. Dari teman tapi mesra jadi musuh yang langsung tak boleh tengok muka. Jauh di mata, perlukah jaud di hatu juga? Namun dalam ribun taufan itu, rindu tetap bertandang di hati, sayang sudah sedia bertenggek di jiwa. Kenapa dibina tembok ego di antara dua hati jika bahagia sudah berada di depan mata? Lalu siapakah yang harus mengambil inisiatif untuk menyelamatkan hubungan ini?

Code : ARS001

Rental : RM4