Showing posts with label Nazurah Aishah. Show all posts
Showing posts with label Nazurah Aishah. Show all posts

15 July, 2013

Bukan Hanya Ada Kita


Hati ingin selalu bersama dia kerana dialah bahagia, tetapi dalam dunia ini bukan hanya ada kita.

Telah ditakdirkan bahawa aku, Medina akan menjadi isteri kedua kepada Zahrin biarpun aku telah berikrar tidak akan sekali-kali menyakiti hati perempuan lain sebagaimana hati ibuku.

Dia bahagia yang aku pinjam tanpa izin... dan aku tidak akan menuntut lebih daripada apa yang Aiza dapat. Aku tidak akan menyusahkan Zahrin kerana aku mahu menjadi 'jiwanya yang tenang'.

Tidak ada perempuan yang dengan mudahnya reda menerima seorang lagi perempuan dalam hidup suaminya. Dan aku tidaklah terlalu kejam untuk meranapkan kebahagiaan orang lain.

Jika bahagia ini milik kita biarlah kita berteman sampai abadi. Juka ini bukan jalannya biarlah kita dibentangkan pilihan yang mendamaikan.

Code : NA 005

Rental : RM4

23 June, 2011

Bening Merah Jingga



Benarkah Ellina dilahirkan tanpa ayah? Gadis itu menghadapi pelbagai dugaan dalam hidupnya. Setiap detik nafas cintanya didatangi pelbagai cabaran hanya kerana status dirinya. Ehsanlah sentiasa menyokong dan membelanya tiap kali Ellina dihina dan dicerca.

Jadi dengan siapakan Elly akan bahagia kalau bukan dengan Ehsan, mama?

Tetapi.. bagaiman mereka akan dapat bersama jika ayah Ehsan bukan setakat membencinya, malah memusuhinya terus-menerus. Apakah masih ada ruang dalam hatinya untuk lelaki lain? Wajarkah diberi sedikit hatinya yang sudah terluka itu pada Hannan Fikri untuk dirawat sampai sembuh atau berikan sahaja pada Shahrul yang sudah berjanji mahu susah senang bersama.

Code : NA004

Rental : RM4

Melur Bunga Ivy



Sebuah impian yang menjadi kenyataan. Seperti ceria lagi warna-warni serta harumnya bunga-bunga di situ, itulah yang dia cuba terapkan dalam hidup ini. Dia ingin berjaya, dia ingin bahagia, dia ingin dihargai.

Pertemuannya dengan Azam membuka ceritera baru. Azam yang sungguh berazam itu adalah masalah baginya. Namun Azam adalah kunci untuk membuka pencarian pada 'dia' yang sudah pergi. Sukar untuk dia melupakan 'dia', seperti sukarnya dia meletakkan Azam dalam hatinya.

Namun Attia perlukan ayah, jadi perlukah dia menutup hatinya dengan mengabaikan kehendak Attia? Atau memilih Azam semata-mata bagi membahagiakan anaknya. Tetapi... kalau hati sudah tidak cinta bolehkan hati-hati disatukan, Khalida?

Code : NA003

Rental : RM4

05 November, 2009

Rahsia Hati Sofia



Aku dan dia kenal begitu lama, saling menyimpan rasa dan berkongsi hati. Kenapa sukarnya untuk saling memahami? Padahal kita bagaikan bercerung jiwa! Ini bukan cinta tiga segi! Dia dan dia bersahabat. Mereka berkongsi cerita. Namun rahsianya hanya aku seorang sahaja yang tahu!

Ajaibnya dalam derita masih ada lagi cahaya, jalurnya memandu arah. Anehnya dalam pijar resah, angin masih bawa salam bahagia walau seketika. Payahnya pabila cinta jadi benci. Sukarnya nak pujuk hati biar benci bertukar rindu. Pilunya hati tatkala kau paksa aku memilihmu, padahal kau sudah lama kupilih!

Jiwamu bagai ombak di tengah laut, pabila datang menderu kau usung segala beban ke gigi pantai. Singgahmu sekejap cuma, tika pergi kau titipkan semuanya di bahuku seorang…

Code : NA002

Rental Price : RM4

29 April, 2009

Lili Buat Najah



Aku dan Najah kenal di depan Stadium Old Trafford, berkahwin sembunyi-sembunyi di Tanah Ratu. Sekembali ke tanah air, aku dan Najah harus pula menjadi pelakondi depan mama yang sudah ada pilihan sendiri. Itulah permulaan kisah ini… yang bagaikan terang lagi bersuluh. Apakah boleh aku memilih jalan ceritaku sendiri, Najah? Jika tidak, bagaimana pula dengan perasaan? Berkorban perasaanlah yang paling memedihkan, kerana perasaan itu tidak pernah ada bau dan warna: lalu sukarnya untuk orang lain memahami, apatah lagi merasai…


Code : NA001

Rental Price : RM4