Showing posts with label Sharifah Abu Salem. Show all posts
Showing posts with label Sharifah Abu Salem. Show all posts

03 March, 2009

Pesona Rindu



Rindu bertandang ketika masing-masing didakap kesepian. Fazlan ditinggalkan Darina, isteri yang obsesi terhadap cinta, cita dan impian. Najmah pula memutuskan pertunangannya kerana tidak menyintai jejaka pilihan keluarga. Keputusan Najmah mengundang seketa. Dia terpinggir dan kepulangannya tidak diharapkan. Fazlan hadir memberi kedamaian. Persahabatan bertukar menjadi kekasih. Najmah menyangka yang dia hanya menghormati Fazlan sebagai majikan. Namun cinta di hatinya kian berputik biarpun dia tahu Fazlan adalah suami sahabat baiknya sendiri. Selepas lima tahun di luar negara, Darina kembali semula. Ternyata vintanya terhadap Fazlan masih ada. Bagaimana harus Fazlan menerima Darina semula? Sedangkan dalam masa yang sama cintanya terbahagi dua untuk Najmah juga. Lalu Fazlan merahsiakan perkahwinan itu. Najmah diburu rasa bersalah. Dia telah mengkhianati kepercayaan yang diberikan oleh Darina untuk menjaga Fazlan. Bagi Najmah, cintanya hadir hanya sementara. Tidak lebih dari sebuah pesona. Fazlan dalam dilema, siapakah yang lebih dicintainya? Najmah ataupun Darina? Namun bagi Fazlan, dia tidak rela kehilangan kedua-duanya.

Code : SAS 006
Rental Price : RM4

Biar Rindu Berlalu



Sering rindu datang tanpa diundang. Sering pula hati dipersalahkan apabila rindu begitu medera. Namun, kerana rindu itu dua insan saling berjanji untuk sehidup semati. Dan, kerana rindu itu juga ada insan yang sanggup melupakan janji yang dimaterai. Janji Khalil dengan Samirah untuk membina istana bahagia, bagaikan sirna kerana permusuhan anak-anak. Fatina tidak mahu kasih ibu diganti dengan kasih wanita lain kerana merasakan cinta wanita itu tidak seagung cinta ibunya. Nasrul juga tidak sanggup orang asing muncul dalam hidup ibunya. Masing-masing menafikan hak bahagia kedua orang tua. Sengketa keduanya berpanjangan, saling membenci dan melukakan. Bagai api yang membakar, kedua-duanya saling menyakitkan. Marah dan dendam mewarnai setiap kata-kata. Mengenalimu perupakan kenangan pahit dalam hidupku, namun ia juga adalah saat terindah yang tak mungkin kutemui sampai bila-bila… Di saat kemelut dan persengketaan kian bertandang, Fatiha bagai kehilangan kehidupan… apabila musibah dating menimpa. Nasrul didera rasa bersalah. Fatiha pula tidak mahu mengaku kalah. Dia cuba bangkit dari kehancuran yang sedang di depani. Tanpa disedari, rindu perlahan-lahan datang. Namun, dia lebih rela rindu itu berlalu pergi. Dia tidak mahu rindu itu bertamu di hati.

Code : SAS007
Rental Price : RM6

Tiada Lagi Mimpi



Kemunculan semula Norseha memerangkap kembali Razif di dalam dilema. Kehadirannya sungguh menyeksa, sungguh mendera. Razif tidak mampu menanganinya sendirian. Mujurlah, Badrul tampil menawarkan pengorbanan demi menjaga maruah keluarga. Prasangka Norjinah terhadap kejujuran suami, tanda tanya dan teka-teki yang menyelubungi akhirnya terbongkar jua. Kenyataan itu juga membunuh seluruh kepercayaan dan cintanya kepada Razif. Dia berasa kebahagiaan yang dinikmati selama ini terbina dari kepalsuan dan pura-pura. Dunia Norjinah seakan berakhir di situ sahaja. Norseha… permulaan sebuah sengketa. Rumah tangga kakak sendiri goyah gara-gara kehadirannya. Bukan godaan dan tagihan cintanya yang membuatkan semua prasangka. Tetapi, Razif dan Norjinah saling berahsia kerana dirinya. Persoalan hanya terjawab apabila realiti terbongkar di depan mata. Namun, siapakah yang harus dipersalahkan apabila rahsia bukan lagi menjadi rahsia? siapakan pula yang harus mengalah apabila kepahitan bukan lagi mimpi melainkan kenyataan yang sukar di telan? Dapatkah Razif dan Norjinah mempertahankan kebahagiaan? Dan, timbulkah keinsafan Norseha apabila diri sehina sampah terbuang yang terbiar di jalanan?

Code : SAS005
Rental Price : RM4

Tak Semanis Impian


Norjinah… bahagianya sekejap cuma. Kini, kasihnya bersama Razif digugat orang ketiga. Sekeping kad luahan cinta seorang gadis untuk Razif, meraih air matanya. Benarkah suaminya menjalin hubungan sulit di belakangnya? apakah ini balasan TUHAN sedangkan dia tidak merampas Razif dari sesiapa! Tapi… siapakan gadis itu?

Norseha… bukan kali pertama dia melihat lelaki itu. Tetapi pertemuan kedua ini mengusik perasaannya. Lelaki tampan itu cukup memikat. Apatah lagi layanannya yang romantik dan gentleman pada Norjinah menerbitkan api cemburu di hatinya. Sepatutnya, dia tidak boleh berperasaan. Ah… mengapa harus mengalah pada Norjinah? Dia juga merampas Razif dari orang lain.

Razif… sukarnya melafazkan kata-kata. Jika boleh, rahsia ini biar menjadi rahsia. Kalau Norjinah tahu perkara ini, bagaimana? Sedangkan dia tidak pernah berubah hati pada wanita lain. Tapi… gadis itu terlalu berani meluahkan perasaannya. Mampukah dia menepis godaan yang datang? Kebahagiaan ini ibarat api yang membakar. Ia cukup menyeksakan. Cinta tidak mengenal abang, kakak dan adik! Menang atau kalah bukan jawapannya. Cuma, jangan binasa mengikut rasa kerana impian itu lebih manis dari kenyataan.

Code : SAS004
Rental Price : RM4

Tak Seindah Mimpi


Kekosongan jiwa Razif bagaikan terisi melihat kemesraan orang gajinya, Norjinah melayani karenah anak-anaknya. Norjinah bagaikan sinar membawa cahaya bahagia dalam hidup Razif. Dia hampir melupakan kekecewaan setelah ditinggalkan isterinya yang curang, Salmi. Namun, segala-galanya berubah apabila Razif menerima Salmi semula yang lumpuh akibat kemalangan. Bermula detik itu, Norjinah benar-benar belajar erti sebuah kehidupan. Demi masa depannya, dia kumpulkan semua kekuatan, kesabaran dan memberanikan diri menghadapi segala dugaan dengan hati yang tabah. Razif pula berperang dalam kemelut rasa kasih, sayang, cinta dan simpatinya yang menuntut sebuah pengorbanan. Apakah yang mendorong ketiga insan ini begitu tekad menentang arus, melupakan kepedihan dan berani berhadapan dengan kenyataan meski pun ada hati yang tercalar luka? Sesungguhnya, ajal maut, jodoh pertemuan di tangan TUHAN.

Code : SAS003
Rental Price : RM5

Gerimis Di Hati


Gerimis di hati bermula apabila Emily datang ke Malaysia untuk menemui ayahnya, Syed Mukri yang sedang nazak. Kedatangan Emily telah menimbulkan kekecohan kerana selama ini Tengku Habibah, isteri pertama ayahnya tidak mengetahui bahawa Syed Mukri pernah berkahwin lagi dengan wanita Inggeris. Rahsia kewujudan Emily hanya terbongkar apabila Syed Mukri menamakan Emily sebagai salah seorang penerima harta pusaka. Sharifah Yasmin, kakak Emily tidak dapat menerima kenyataan bahawa dia mempunyai adik yang bakal mewarisi kekayaan ayahnya. Apatah lagi, melihat kemesraan Tengku Farid, sepupunya dengan Emily semakin menambah sakit di hati. Dia bertindak cuba memisahkan kedua mereka asalkan cintanya pada Tengku Farid berbalas. Berjayakah Sharifah Yasmin melakukannya? Bagaimanakah Tengku Farid melalui kehidupan tanpa Emily? Mampukah Tengku Farid melakukan pengorbanan atau Tengku Farid sendiri terpaksa menjadi korban.
Code : SAS002
Rental Price : RM3

Masihkah Ada Kasih


Di manakah maruah dan harga diri seorang suami yang sanggup memperdagangkan isterinya semata-mata untuk mendapatkan sesuatu projek perniagaan? Begitulah paparan hidup seorang tokoh korporat, Firdaus Datuk Mohsein yang mengenepikan soal agama dalam hidupnya. Atas alasan ini, Manisah isterinya meminta cerai. Namun, konflik antara mereka semakin sukar bila keduanya merebutkan anak tunggal mereka Syafiq. Manisah tidak rela Firdaus membesarkan Syafiq. Dia tidak mahu kehidupan anaknya berkiblatkan barat. Jadi, dia berusaha untuk mempertahankan haknya. Jalan yang dilalui oleh Manisah semakin sukar bila Syafiq disahkan mengidap sakit jantung berlubang. Manisah tidak mampu untuk membiayai perbelanjaan rawatan anaknya. Dan Firdaus menggunakan alasan ini untuk merampas Shafiq. Sejak itu ibu dan anak ini terpisah jauh. Manisah sudah kering air mata untuk mencari Syafiq. Namun Firdaus tetap berdegil sedangkan Syafiq semakin tenat menanggung rindu. Di manakah keadilan untuk ibu dan anak malang ini? Masihkan ada sisa waktu untuk mereka menyulam kasih? Hanya takdir yang menentukan!

Code : SAS001

Rental Price : RM3