Showing posts with label Syud. Show all posts
Showing posts with label Syud. Show all posts

24 June, 2011

Baju Melayu Hijau Serindit



Dia ibarat seperti orang yang sedang berjalan di lantai dapur selepas ada pinggan pecah... harus berhati-hati dia, kerana kaca yang tidak nampak dek mata itu boleh melukakan kakinya.

Hidup seorang Wardah senang sahaja. Dia bersyukur kerana dia tidak pernah menghadapi situasi yang sukar. Hidupnya menjadi drama apabila mam mula campur tangan. Dia tidak mahu jadi anak tak dengar kata. Jadi harus bagaimana dia, untuk meghalang rancangan 'mencari jodoh' mama itu?

Dia bukanlah lelaki yang mudah jatuh cinta; namun tak ramai yang percaya hal itu. Dulu, hatinya juga pernah 'hilang' daripada dirinya. Sekali. Tak ramai yang tahu tentang itu! Tetapi apabila dia betul-betul jatuh hati pada seseorang, orang itu pun tanak percaya!.

Code : SY003

Rental : RM4

Untuk Awak Teja Aulia

Selalunya... kalu lelaki dan perempuan mengaku sahabat baik, salah seorang mesti akan tergelincir - terlebih suka!

"Tak apalah, adik dah ada pilihan sendiri."
"Siapa? Pacai? balas mak, sarkastik. Pacai tu teman serumah, sahabat dunia akhirat.
"Kalau Pacai tu perempuan, dah lama mak suruh korang kahwin."
"Makk.. nanti adik pandai la cari sendiri. Mak jangan memandai apa-apa."
Hatinya sudah terlanjur pada Teja Aulia, biarpun mereka sudah tidak bertegur sapa.
Dan hati Teja Aulia penuh berbunga daisi apabila Adil melambai tadi. Namun rasa itu "dihibakan" apabila Adil guna ganti nama diri 'saya'. Jadi pada Adil, dia bukanlah Aulia yang dulu? Adil hanya akan sebut 'saya' pada perempuan yang dia 'tak berapa kenal'; 'tak berapa biasa'; 'tak berasa sayang'. Dan dia sudah termasuk dalam kategori itu! Nampaknya hubungan dia dengan Adil sudah tidak ada bunga-bunga untuk pulih lagi.

Code : SY002

Rental : RM4

05 November, 2009

Tentang Dhiya



Mereka terpaksa kenal waktu menyiapkan kerja kursus berkumpulan. Azril tak pernah faham mengapa Dhiya membencinya habis-habisan. Padahal alasan kenapa Azril dimusuhi sudah jelas, kan?

Namun takdir telah menemukan lagi mereka, kali ini dalam suasana yang tak sama. Seperti biasa Azril masih lagi bermasalah kepada Dhiya. Lalu apa langkah seterusnya, Dhiya?

Tidak semua perkara layak diberi peluang kedua, Dhiya. Usah tegar memberi peluang jika tahu apa sudahnya. Berpalinglah…jika itu yang terbaik.

Code : SY001

Rental Price : RM4