Showing posts with label Liana Afiera Malik. Show all posts
Showing posts with label Liana Afiera Malik. Show all posts

04 March, 2009

Bukan Puteri Lindungan Bulan



Lahirnya dia ke dunia telah menghapuskan mimpi-mimpi duka. Pemergian ayahandanya membuatkan dia tersisih dari kasih sejati ibu sendiri. Namun demi sebuah memori, dikuatkan dirinya meneruskan perjuangan yang diwariskan. Apa yang diharapkan tidak pernah menjadi kenyataan. Serakah lelaki menghumban dirinya ke lembah derita. Sebuah cinta agung buatnya, berubah warna. Sinar mentari yang diidamkan, gerhana juga yang datang.

Code : LAM004

Rental Price : RM10

Memori



Erma tenggelam di dalam memori. Terbuai di dalam mega biru ciptaannya. Dia membiaskan wajah Daniel, sekali gus membunuh cintanya terhadap Zaki. Dia meninggalkan Shamsul kerana Tina lebih berhak. Dia terus bersama memori, memintal awan biru dan Daniel tetap kekasih dan suaminya yang terbaik walaupun lelaki itu telah tiada.

Code : LAM003

Rental Price : RM4

Assyida



Kerana satu pengorbanan, dirinya terpaksa menjeruk rasa. Dia berada di persimpangan antara wasiat, cita-cita dan mahligai bahagia yang diimpikannya. Pengorbanan suci itu menyeksakan sehingga dia mula sangsi apakah wasiat itu mampu ditunaikan.

Code : LAM002

Rental Price : RM3

Janji Assila



Kita terlalu ingin mejaga hati insan-insan yang kita sayangi sehingga melupakan kebahagiaan diri sendiri… Bertahun lamanya aku bina benteng kesabaran ini. Mengharap dan berdoa semoga dirimu berubah. Namun, kiranya… benteng kesabaran ku rebah dan pecah jua akhirnya. Lalu berdosakah aku mengkhianati seorang suami kerana apa yang ditinggalkan hanyalah parut-parut yang dalam…

Code : LAM001

Rental Price : RM5