Showing posts with label Dina Najat. Show all posts
Showing posts with label Dina Najat. Show all posts

16 June, 2009

Takdir Cinta


Suraya - "Ingin aku hadiahkan hatiku untukmu namun apa dayaku. Kemiskinan memaksa aku memperdagangkan sebuah kebebasan lantas ditelan ketentuan bahawa dialah teman hidupku. Jikalau ini dikatakan pengorbnan, aku rela... demi seorang ibu yang telah lama menderita!"

Zafran Amir - "Sejak minggu orientasi itu, kau tak mudah dilupa. Puas dibuang namamu jauh-jauh, namun segalanya sia-sia. Sayangnya, fitnah dan dendam seakan meranap segala. Biarku lelah memperjuangkan cinta, namun melihat kau pergi dari hati, sesekali tidak!

"Razak - "Suraya, aku tak kenal erti kalah kerana itu aku takkan mengalah. Sejak kecil kau kukenali, sebelum lelaki itu hadir. Mana mungkin kau aku lepaskan setelah harta dan maruah aku pertaruhkan. Aku bukan Zafran Amir yang terlalu hebat di matamu. Tapi percayalah... tika dan waktu akan menjadi bukti betapa aku menyayangimu."

Dua jiwa saling merindu, namun mampukah mereka bersatu?

Code : DN001

Rental Price : RM4

Cinta Lukisan Jiwa


Diyan sudah bosan dipandang rendah oleh orang kampung. Benteng kesabarannya kian rapuh tatkala cinta Effendi semakin jauh. Apatah lagi keputusan STPM tidak membanggakan.Sakit di badan usah dikira, sakit lagi di hati apabila impian berkecai akibat dengki manusia. Nekad mahu mengubah nasib diri, bumi KL dijejaki. Tidak terduga olehnya, penghijrahan itu membawanya ke banglo milik Datin Najwa Atilah, chef masakan yang terkenal di Malaysia. Di situ dia terpaksa 'berkenalan' dengan penghuni banglo itu. Antaranya Roy si pelumba motor haram yang licik, dan Nadia peguam muda yang memandangnya hanya sebelah mata. Semua ini membuatkan Diyan lemas! Tetapi kehadiran Sabrina Bt. Riezman benar-benar menyerikan hidup Diyan dan telah mengembalikan semula nostalgia silamnya.

Diyan – “Rina tak ubah seperti aku ketika kecil, kami tandus kasihsayang seorang bonda, bezanya aku tidak buta. Tapi Rina buta kedua-dua belah mata” . Rupanya diri Diyan diperhatikan oleh seseorang. Ikrar Dr Riezman yang juga ayah Rina seakan luntur tatkala berhadapan dengan Diyan. Kepercayaannya kepada wanita telah goyah cuba dibangunkan semula, namun curiganya mengatasi rasa cinta.

Dr Riezman - "Mencintai Emylda merupakan satu kesilapan dan mencintai Diyan pula bagai mengulangi kesilapan yang sama. Diyan, Emylda tiada beza". Benarkan Diyan sama seperti Emylda, bekas isteri Dr Riezman yang telah berlaku curang? Jika benar, mengapa Fadhil dan Dr Riezman, 2 orang lelaki yang sama hebat dan kuat semangat berusaha memburu cintanya? Rupa Diyan kah atau peribadinya? Atau mungkin hatinya yang masih putih belum ternoda dengan hipokrasi dunia?

Code : DN002

Rental Price : RM4

Seteguh Kasih Aina Najihah


Menanti kalimah cinta daripada Ameer Mulhim bagai menunggu bulan jatuh ke riba. Akhirnya Aina Najihah benar-benar terluka. Namun adakah lukanya akan terus berdarah? Bagaimana pula dengan sijejaka yg mengagumi wanita ini dlm diam? Sanggupkah si jejaka meluahkannya? Sebuah kisah perjuangan... Pengorbanannya pada Hotel Mawar Biru tidak dihargai. Ada manusia yg tdk boleh melihat diri orang lain senang. Tanpa menilai kredibiliti seorg Ketua Pegawai Pemasaran, dia dipecat dan dimalukan di hadapan rakan-rakan sekerja. Adakah dia akan berundur? Sebuah masa silam yang terpaksa dibongkar... Benarkah Aina Najihah anak yatim piatu? Jika benar, siapa si comel yang berpelesiran di Pasar Benut 20 tahun yang lalu? Atau mungkinkah dia telah di'yatimpiatu'kan sebelum menjadi penghuni tetap Asrama Anak-Anak Yatim Darul Fikriyah?

Bersama menyelusuri derita, mengesat titis air mata seorang Aina Najihah... Hidup ini ada manis dan ada pahit. Kematian, perpisahan dan pengkhianatan telah menghiris hati seorang Aina Najihah. Namun adakalanya dia masih boleh bergelak ketawa dan tersenyum mesra bila bunga-bunga cinta berputik semula dan sahabat setia mula mengenali erti kejujuran.Tapi, bagaimana harus dilalui hidup ini jika gelombang yang memukul terlalu kuat? terlalu mengujinya! Dia tiada ibu bapa apalagi sanak saudara untuk berkongsi segala kekusutan. Agaknya pada siapa Aina najihah berharap?

Code : DN003

Rental Price : RM4