16 June, 2009

Cinta Lukisan Jiwa


Diyan sudah bosan dipandang rendah oleh orang kampung. Benteng kesabarannya kian rapuh tatkala cinta Effendi semakin jauh. Apatah lagi keputusan STPM tidak membanggakan.Sakit di badan usah dikira, sakit lagi di hati apabila impian berkecai akibat dengki manusia. Nekad mahu mengubah nasib diri, bumi KL dijejaki. Tidak terduga olehnya, penghijrahan itu membawanya ke banglo milik Datin Najwa Atilah, chef masakan yang terkenal di Malaysia. Di situ dia terpaksa 'berkenalan' dengan penghuni banglo itu. Antaranya Roy si pelumba motor haram yang licik, dan Nadia peguam muda yang memandangnya hanya sebelah mata. Semua ini membuatkan Diyan lemas! Tetapi kehadiran Sabrina Bt. Riezman benar-benar menyerikan hidup Diyan dan telah mengembalikan semula nostalgia silamnya.

Diyan – “Rina tak ubah seperti aku ketika kecil, kami tandus kasihsayang seorang bonda, bezanya aku tidak buta. Tapi Rina buta kedua-dua belah mata” . Rupanya diri Diyan diperhatikan oleh seseorang. Ikrar Dr Riezman yang juga ayah Rina seakan luntur tatkala berhadapan dengan Diyan. Kepercayaannya kepada wanita telah goyah cuba dibangunkan semula, namun curiganya mengatasi rasa cinta.

Dr Riezman - "Mencintai Emylda merupakan satu kesilapan dan mencintai Diyan pula bagai mengulangi kesilapan yang sama. Diyan, Emylda tiada beza". Benarkan Diyan sama seperti Emylda, bekas isteri Dr Riezman yang telah berlaku curang? Jika benar, mengapa Fadhil dan Dr Riezman, 2 orang lelaki yang sama hebat dan kuat semangat berusaha memburu cintanya? Rupa Diyan kah atau peribadinya? Atau mungkin hatinya yang masih putih belum ternoda dengan hipokrasi dunia?

Code : DN002

Rental Price : RM4

No comments: