Showing posts with label Mazia Harris. Show all posts
Showing posts with label Mazia Harris. Show all posts

03 March, 2009

Bila Cinta Membara



Bila cinta membara hati mula bergelora. Meskipun pada zahir tampak sempurna namun pasti ada kekurangannya. Atas dasar suka sama suka, Kamarul menjadikan Syamsidar, seorang model terkenal sebagai ratu hatinya. Dia menghamparkan segala kasih sayang kepada Syamsidar sehingga mereka dikurniakan dua orang permata hati. Namun, tanpa diduga, Syamsidar sanggup menduakan Kamarul yang setia dengan janjinya. Dia tertipu oleh janji manis Jeffry yang beria-ria menunjukkan keikhlasan dan tanggungjawabnya. Lelaki itu pandai bermain kata-kata sehingga Syamsidar kemas dalam tsunami ciptaan mereka. Skandal rumah tangga yang selama ini tersimpan kukuh, akhirnya meletus. Ketika kemelut kian meruncing, Syamsidar terjaga dari mimpi panjangnya. Sandiwara cinta ini mesti dinoktahkan! Segala kenangan ini mesti dikuburkan. Cukuplah… dia kini mahu kembali bernafas di alam realiti. Persoalannya… semudah itukah dia mendapat kemaafan daripada lelaki yang terluka hatinya? Mampukah kebahagiaannya dikembalikan semula?
Code : MH002
Rental Price : RM4

Pasrah Kasih



Andai benar wanita penyeri hidup, mengapa mesti ada luka di hati mereka? Mengapa harus ada sengsara dalam nafas mereka. Penghijrahan Zuliyanti ke Malaysia demi untuk mengubah nasib keluarga. Pun dia tidak pernah menjangka akan terjerumus dalam kemelut yang menuntut pengorbana besar dirinya. Tanpa diduga, dia terleka dengan permainan duniawi yang yang tidak menjanjikan apa-apa. Layanan menggoda Saiful membuahkan sayang di hati dan tanpa sedar telah menghanyutkan dari dunia realiti. Saiful pula kian terjebak dalam permainan yang diciptanya sendiri. Demi sayangnya pada Karmila; isteri yang setia, kerana kasihnya pada Zuliyanti; kekasih yang manja memaksa dia mengatur permainan dan permainan agar tidak ketara cela lakonannya. Pengorbanan Zuliyanti menghidupkan lagi sandiwara Saiful. Niatnya hanya satu, untuk menghalalkan yang haram dan tidak terus terjerumus dalam dunia kemaksiatan. Namun… segala yang manis hanya datang sekali. Hari demi hari perubahan Saiful mendesak Karmila melayani rasa sangsi yang sesekali mencengkam diri. Salahkan Karmila andai curiga menguasai fikiran tika bahagia yang dicari dan didamba selama ini kuan menghilang? Tergugatkah kedudukannya dengan kehadiran gadis manis menggoda ini? Dan tegakah Zuliyanti memusnahkan kebahagiaan insan lain semata- mata untuk kupuasan diri sendiri? Yang pasti, tiada siapa yang mahu kecundang, tiada hati yang mahu terluka dalam dunia ciptaan Saiful ini…
Code : MH001
Rental Price RM4