Showing posts with label Ma Lee Chuswan. Show all posts
Showing posts with label Ma Lee Chuswan. Show all posts

05 November, 2009

Lamaran Kedua



Tatkala rindu sudah sampai ke penghujung, impian berkocak duka. Kasih yang berlorek indah kiranya hanya seperti pelangi senja… satu, satu pergi dan hilang.

Code : MLC003

Rental Price : RM4

02 March, 2009

Selamat Tinggal Sayang


Aku ingin menjadi puteri… kalau tidak puteri kayangan pun… cukuplah sekadar Puteri Nur Deana yang mampu membarisi sekalian puteri-puteri yang ada. Namun itu semua hanyalah impian, dongeng zaman kanak-kanak yang entah bila mampu Puteri kecapi. Lalu kerana Puteri, dia senang menjadi Dee, bebas daripada sebarang kekeliruan dan sangkaan. Namun Dee tidak bebas tatkala terlanjur, terperangkap oleh masa dan akad. Perkahwinan ini satu tanggungjawab yang tidak terjawab. Bertahun Dee menjadi pelarian, siapa sangka bertemu suami dalam satu periuk rezeki. Namun mampukah Dee terus bersembunyi… dan sampai bila Puteri harus digantung tidak bertali…
Code : MLC002
Rental Price : RM4

Tirai Impian


Kujejak kasih semalam, mengharung rindu bagai tak bermusim. Kepayahan jua kutatang bagai segunung intan. Takdir yang datang kusisip doa, penuh reda. Kesabaran yang ku pertahankan bagaikan sebuat percaturan. Bukan sedikit pengorbanan ini. Melupakanmu jua adalah pengorbanan. Lalu aku kembali ke daerah sepi ini. Mencari kekuatan yang kian hilang. Namun langkahku kaku. Kiranya kau di situ… menghuni daerah sepiku.
Code : MLC001
Rental Price : RM3