Showing posts with label Novel Remaja. Show all posts
Showing posts with label Novel Remaja. Show all posts

06 March, 2009

Gadis Imai





Telah banyak liku-liku hidup kita harungi bersama. Telah lama kita jalin cinta suci ini. Telah sering kita lalui jalan nan panjang untuk mencari kebahagiaan dalam hidup bercinta, tetapi semua akan musnah dalam sekelip mata.






Code : NVR1



Rental Price : RM1

04 March, 2009

Misteri Cinta





Setiap kali Ida bercakap soal kahwin, Ridzuan akan cuba mengubah perbualan mereka ke topik lain. Ida bukan tidak risau dengan pandangan masyarakat. Ida juga takut Kartina akan dapat menghidu perhubungan mereka berdua, membuat perhubungan tanpa ikatan yang halal di sisi agama. Pernah beberapa kali Ida cuba memutuskan perhubungan mereka. Tetapi akhirnya dia gagal berbuat begitu. Ridzuan sudah terlalu banyak berbudi padanya. Rumah, persekolahan Kartina adalah sebahagian besarnya dibiayai oleh Ridzuan. Lagipun, kalau Ida memutuskan perhubungan dengan Ridzuan, dia tidak boleh lagi bekerja di syarikat kepunyaan Ridzuan. Selagi dia melihat Ridzuan di pejabat, selagi itulah dia tidak akan berjaya melupakan lelaki itu.



Code : NVR002


Rental Price : RM1

Di Sebalik Senyumanku





Zuraidah seorang gadis yang pemalu telah menarik perhatian Yusri. Tetapi beberapa minggu cinta mereka terjalin, Zuraidah telah dimasukkan ke hospital kerana mengidap sakit jantung. Di hospital, Zuraidah dirawat oleh Dr Imran. Dr Imran yang menyimpan suatu rahsia dalam hidupnya telah menaruh perasaan terhadap gadis pesakitnya itu. Apakah rahsia hidup Dr Imran? Dapatkah Zuraidah merasakan apa yang bergolak dalam hati Dr Imran? Bagaimana pula dengan cinta Yusri terhadap Zuraidah?




Code : NVR003


Rental Price : RM1

Pengorbanan



Zetty menghadapi konflik jiwa. Kakaknya Fatin Hanani meninggal dunia ketika melahirkan anak perempuan sulungnya, Ain. Zetty terpaksa menjaga Ain. Ain menimbulkan konflik dalam jiwa Zetty sama ada untuk memilih Andy atau zul sebagai suaminya.


Code : NVR004

Rental Price : RM1

Pendirian Ella



“Demi pembangunan, kita semua perlu berkorban. Rumah tuan-tuan terpaksa dirobohkan bagi membolehkan beberapa buah hotel didirikan”, kata Arman, pegawai dari syarikat pelancongan. Ella terkaku mendengarnya dan segera membayangkan bangunan tinggi tersergam di tepi pantai Pulau Lima, tanah kelahiran. Seketika kemudian, dia memandang jauh ke tengah laut. Sekawan camar berdada putih kelihatan berterbangan membelah awan. Alun ombak bagaikan berbaur dengan deru angin pembangunan yang bertiup kencang. Kecintaannya kepada keindahan semula jadi Pulau Lima kini tercabar. Dia tidak pasti adakah projek pelancongan yang dicadangkan itu memberi faedah kepada masyarakat nelayan setempat atau tidak.


Code : NVR005

Rental Price : RM1

Sekali Selamanya




Pertembungan antara dua budaya, kota dan desa, menggugat hubungan Farah dan Bidin. Masing-masing mahu mempertahankan cara hidup masing-masing sehingga alpa dengan tuntutan hati dan perasaan. Bagaimanakah berakhirnya sandiwara ini? Siapakah yang akan menjulang kemenangan dan siapa pula yang kecundang?




Code : NVR006


Rental Price : RM1

Air Mata Cinta



Buat pertama kalinya, dia menyapu air mata cinta yang meleleh di pipiku. Dan, buat pertama kalinya, aku terpandang air mata cinta bergenang dalam sinar matanya yang penuh harapan.


Code : NVR007

Rental Price : RM1

Mimah



Sesungguhnya cinta itu tidak bercambah atas darjat dan kekayaan, tetapi berbunga pada keluhuran yang murni. Demikian Mimah. Cintanya bersemi pada Fadhil, bakal seorang pegawai tentera, tetapi lamaran yang dating daripada Zabidi, anak seorang yang disegani. Namun pelaminnya tersedia buat Azmi, seorang pemuda yang cuma sering memancing ikan. Di antara percintaan dengan pelamin, Mimah terpaksa melintasi rentetan pengalaman yang getir dan merenggut perasaan; dan kemiskinan mengasak keluarganya menjadi pemerhati yang tidak berdaya.


Code : NVR008

Rental Price : RM1

Prince Valentine



Bukannya senang nak cari teman sejati! Kalau ada yang berkenan pun, perangainya pulak yang tak boleh tahan. Susah! Memang susah. Nak pasang dua, takut pulak. Selalunya kita aja yang dipasang… si dia ada satu lagi spare. Puas dengan kita… dia beralih dengan si spare tu! Entahlah! Siapalah agaknya yang bakal menjadi Prince Valentine aku ni?


Code : NVR009

Rental Price : RM1

Menjejak Mentari



Dengan membekalkan semangat kental dia cuba mencari sinar di negeri orang. Dia telah menyemai cinta hingga subur sebelum dihancurkan oleh insane yang tidak mengerti. Tommy tetap tabah dalam perantauannya menjejak mentari.


Code : NVR010

Rental Price : RM1

Kekasih



Dunia ini bagaikan pentas. Dihiasi pentas kehidupan dengan tirai indah berendakan tenunan perasaan. Dilukiskan sekeping kanvas dengan warna-warna cinta lambang seorang kekasih. Lalu dia melakonkan pelbagai watak di persada itu tanpa suteradara.


Code : NVR011

Rental Price : RM1

Yo! It's Me



Yo! Yo! Yo! Ape lak pandang-pandang? It’s me okay! Iwan senyum, mempamerkan gigi. Dia berdiri segak, merenung anak mata gadis yang jelita itu. Yo! It’s me! I’m Iwan! Iwan? Gadis itu ternganga besar!


Code : NVR012

Rental Price : RM1

Menanti Hujan



Sudikah Fazly menerimanya kembali. Mahukah lelaki itu memaafkan segala kesalahannya? Adila terhimpit ke lorong sempit yang dibinanya sendiri. Antara reality dan fantasi. Di dalam reality, dia sendiri jatuh cinta. Tetapi di dalam fantasi, dia mendendami lelaki, dan yang nyata dia diamuk dilema.


Code : NVR013

Rental Price : RM1

Bujang Cintan



Syefrina dan Syefriza, dara kembar anak hartawan yang menjadi rebutan jejaka setempat, berpindah ke Kuala Lumpur untuk melanjutkan pelajaram di sekolah elit. Dengan tujuan untuk menundukkan keangkuhan Suzana yang lebih jelita dan popular, mereka akhirnya terperangkap ke kancah percintaan yang amat membinggungkan. Adakah mereka mesti bermusuhan untuk memenangi kasih jejaka yang sama? Soalnya, benarkan jejaka yang sama mencintai mereka berdua?

Code : NVR014


Rental Price : RM1

Bunga, Kad & Seraut Cinta



Sekuntum bunga adalah detik mula
Sekeping kad sebagai pengerat
Seraut cinta lambing dua hati menjadisatu
Dan, air mata sebagai penentu…


Code : NVR015

Rental Price : RM2

Boy




Dulu… enjoy dan riang ria, hidup diliputi kemewahan. Belajar di sekolah elit, nyaman dan selesa. Sekarang… kena buli, tinggal di villa yang menaikkan bulu roma. Belajar di sekolah kampong, panas dan riuh. Malam… tinggal sendirian tapi rasa bagaikan berteman. Pabila menyanyi suara bertukar halus… saat ini… rasa ingin menjerit.




Code : NVR015


Rental Price : RM1

Hoi




Sekolah dah start semula! Masa untuk bergembira telah kembali. Jangan marah kalau ada chewing gum melekat di punggung!




Code : NVR016


Rental Price : RM1