04 March, 2009

Pendirian Ella



“Demi pembangunan, kita semua perlu berkorban. Rumah tuan-tuan terpaksa dirobohkan bagi membolehkan beberapa buah hotel didirikan”, kata Arman, pegawai dari syarikat pelancongan. Ella terkaku mendengarnya dan segera membayangkan bangunan tinggi tersergam di tepi pantai Pulau Lima, tanah kelahiran. Seketika kemudian, dia memandang jauh ke tengah laut. Sekawan camar berdada putih kelihatan berterbangan membelah awan. Alun ombak bagaikan berbaur dengan deru angin pembangunan yang bertiup kencang. Kecintaannya kepada keindahan semula jadi Pulau Lima kini tercabar. Dia tidak pasti adakah projek pelancongan yang dicadangkan itu memberi faedah kepada masyarakat nelayan setempat atau tidak.


Code : NVR005

Rental Price : RM1

No comments: