Showing posts with label Aisya Sofea. Show all posts
Showing posts with label Aisya Sofea. Show all posts

01 June, 2009

Selagi Ada Dia



Pertemuan tanpa dirancang telah membuka pintu hati Arianni untuk mengenal erti cinta. Apatah lagi, lelaki itu berjanji menjadikan dia sebahagian hidupnya, berjanji bahawa segalanya mampu ditangani dan berjanji akan mempertahankan cinta mereka. Namun, kasih yang disulam, janji yang dimaterai terlerai akhirnya bila terbongkar satu rahsia yang tidak terduga. Sebagai wanita bermaruah, Arianni nekad menoktahkan segala impian. Cinta pertamanya harus dibuang jauh daripada kotak ingatan. Lelaki itu bukan untuknya. Tahun berlalu... hadirlah lelaki baru dalam hidupnya. Sayangnya, pintu hati dia masih tertutup rapat. Rasa terluka itu masih ada. Baginya, cinta kedua tidak membawa sebarang makna; tiada keikhlasan, tiada kejujuran. Lalu bagaimana? Selama manakah lagi harus dia tunggu untuk mengecap nikmat kebahagiaan? Terlalu memilihkah dia?

Code : AA006

Rental Price : RM4

03 March, 2009

Sehangat Asmara



Kamilia Najwa & Zainal Arief. Pandang pertama mereka memutikkan cinta dan berakhir dengan perkahwinan di Londan tanpa restu keluarga. Namun, badai asmara mereka sentiasa membakar di sebuah bilik kecil di Oxford dengan janji sehidup semati. Kebahagiaan mereka tiba-tiba terhenti! Zainal terpaksa pulang ke tanah air dengan janji akan kembali lagi. Sejak itu hingga menginjak sembilan tahun lamanya, Zainal tidak pernah pulang sedangkan Kamilia terus menanti dengan air mata dan sengsara. Tanpa diduga, Zainal muncul kembali. Datangnya untuk menuntut Misya, anak comel yang selama ini disembunyikan oleh Kamilia. Dendam kesumat Kamilia terhadap Zainal tidak pernah padam. Anehnya, dendam rindunya terhadap lelaki itu lebih kuat mengusik perasaannya. Benarkah dia membenci lelaki itu? Dan hipokritkah Zainal bila menyatakan hanya Karmila seorang dihatinya…

Code : 002

Rental Price : RM4

Buatmu Kekasih


Tanpa Fikri, dunia Ika tidak bermakna. Tanpa Lukman, betapa sepinya hati Farah. Betapa getirnya dugaan, Fuad tetap milik Umairah. Meskipun bertahun terpisah, hati Zainal hanya untuk Kay. Dan suci cinta Hanif, adalah memori terindah Intan Azureen. Tahun berlalu… kini ika, Farah, Umairah, Kay & Intan sedang meniti alam kedewasaan. Walau jauh di sudut hati mereka mengharapkan kebahagiaan, namun hakikat kehidupan bukan seindah yang diharap. Ada jiwa yang terluka, ada perasaan yang tersentuh. Ada hati yang merana. Namun, dengan kekuatan kasih sayang, segala dugaan cuba diatasi sebaik-baiknya.

Code : AS005
Rental Price : RM4

Adam & Hawa


Ain Hawani, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku. Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela. Sayangnya hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah… Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata. Setelah lapa tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Masjidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu. Tapi tegarkah Ain? Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpam hati tak tertanggung. Bagi Adam dia tetap menanti Hawanya biar pun lapan tahun lagi…

Code : AS004
Rental Price : RM4

Gelora Jiwa


Siapa kata setia tak mungkin berlaku curang? Siapa menduga kasih takkan bertukar menjadi benci? Katakan sejujurnya, bagaimana harus di sukat bahagia jika dalam hati Intan Azureen, berkocak dilanda asmara. Seraut wajah tenang itu, tiba-tiba berubah menyimpan seribu luka. Keluh resahnya sekadar melunakkan hati yang duka. Bagaimana harus dijelaskan; setianya bukan lagi untuk Hanif Azman tunangnya. Tapi, kasihnya sedah berpaling jauh pada Hanif Ashman dalam sekelip mata ! Siapa merampas dan siapa yang dirampas? Siapa yang berhak dan siapa pula yang tak punya hak? Intan Azureen lemas di tengah-tengah kekusutan. Dia harus teguh memegang janji wasiat; membina rumah tangga dengan lelaki pilihan keluarga. Atas desakan keluarga melawan kehendak hati, dia harus membuat pilihan yang tepat. Hanis Ashman satu mimpi. Hanif Azman pula satu reality. Tapi mimpi itu juga yang sentiasa membayangi hidupnya. Ah, sukarnya menidakkan takdir sedangkan cintanya hanya untuk Hanif Ashman seorang. Dia tekad, dilema ini harus dinoktahkan. Siapapun yang terpilih, dia akur dan melimpahkan kejujuran sepenuh hati. Tapi, siapakah antara mereka yang bakal mengongsi hidupnya sepanjang hayat?

Code : AS003
Rental Price : RM3

Jauh


Shafikah… anak gadis seorang usahawan terkenal ditunangkan dengan Zahar, pemuda pilihan keluarganya. Kerana tidak tahan dengan sikap cemburu Zahar, Ika membawa diri ke UK untuk menenangkan diri. Dalam tempoh percutiannya di UK, Ika mengenali Fikri dan tanpa disedari akhirnya mereka saling menyimpan perasaan. Ika keliru dengan perasaannya sendiri dan akhirnya meninggalkan Fikri tanpa ucapan selamat tinggal setelah tempoh percutiannya tamat. Setelah berfikir panjang Ika akhirnya memutuskan pertunangannya dengan Zakar. Akibatnya Ika dibuang dan tidak dipedulikan oleh keluarganya lagi. Bagi Ika dia memutuskan pertunangan itu bukan kerana jatuh hati pada Fikri tetapi kerana dia merasakan dia tidak akan bahagia jika bersama Zahar ditambah lagi dengan sikap cemburu buta Zahar yang keterlaluan. Dua tahun berlalu namun, takdir sekali lagi menemukan Ika dan Fikri. Siapalah yang dapat melupakan tempat kasih bersemi. Sesungguhnya api cinta itu hangat membakar. Meski telah padam, namun baranya masih ada. Masa dan kejauhan bukan halangan bila jodoh dah ditentukan…
Code : AS001
Rental Price : RM3