Showing posts with label Noor Suraya. Show all posts
Showing posts with label Noor Suraya. Show all posts

26 November, 2013

Jaja & Din


Cinta pandang pertamakah ini...


Sekiranya tiba-tiba anda bertemu dengan lelaki yang membuat jantung anda berlari setara dengan kelajuan jet Sukhoi buatan Rusia, dan mata anda pula tak bisa berpaling daripada dia biarpun sedetik, lalu apa tindakan anda?

Cinta telah membuat aku tidak lut lagi dengan segala ‘peraturan hati’ yang selama ini aku junjung!

Implikasinya:
Abah dan uminya rasa
Alahai, anak abah ni, awat la sampai jadi lagu tu!
Mama nak sorok muka ni kat mana, Jaja?

Inilah cerita Jaja yang meminang ustaz Sastera Arab lulusan Universiti al-Azhar sebagai suami. Tegarkah Jaja seorang media planner memilih hidup ala-ala ‘zuhud’ macam Din nanti?

Code : NS 007

Rental Price : RM4

15 May, 2009

Keranamu Ain



Dia pintar dan kadang-kadang garang tetapi menarik. Dia penyayang dan kadang-kadang terlalu sensitive tetapi pemaaf. Yang pasti Ain ialah insan dalam dunia dengan gayanya yang tulen. Anggun dalam darjahnya yang tersendiri. Indah dalam peribadinya yang sempurna…

Code : NS001

Rental Price : RM3

Tanah Andriyana



Ahmad Fitri Hadi jatuh cinta pada Aliya, seteru keluarganya sejak zaman moyangnya lagi. Dia mula mendekati Aliya tanpa mendedahkan rahsia hati. Aliya pada mulanya keberatan menerima persahabatan Hadi disebabkan larangan keras ayahnya bagaimana pun mula lembut hati bila Hadi menawarkan khidmat untuk mengajar Aliya melukis yang sememangnya diminati Aliya. Hadi akhirnya meluahkan rasa hatinya pada Aliya, namun Aliya cuma mengganggap Hadi sebagai abang. Setelah mengetahui Aliya berhubungan dengan Hadi, Aliya telah diberi amaran oleh ayahnya supaya memutuskan persahabatan mereka. Semasa Aliya menghabiskan cuti bersama neneknya di Kent, tanpa diduga neneknya telah mengundang Hadi bercuti di sana. Pada mulanya Aliya bersikap dingin pada Hadi, namun akhirnya dia menyedari dia juga menyayangi Hadi. Mereka melangsungkan pernikahan tanpa restu keluarga. Seperti yang dijangka kedua keluarga memberi tentangan hebat pernikahan mereka, namun akhirnya memberi restu setelah kemelut pertingkahan kedua keluarga itu berjaya dirungkaikan.

Code : NS002

Rental Price : RM3

Rindunya Kian Membara



Cinta itu seumpama serangkai mutiara… kadang-kadang ia putus dan kita perlu mengarangnya sekali lagi. Kadang-kadang ia hilang, lalu kita harus mencarinya semula… tetapi kadang-kadang kita tidak mungkin menemuinya lagi; walau di mana-mana pun dah walau sampai bila-bila pun. Atau mungkin tiba-tiba kita telah menemui mutiara yang lain pula? Lalu perlukah kita karangkan semula cinta baru itu di tangkai hati kita?


Code : NS004


Rental Price : RM4

23 April, 2009

Nyanyian Tanjung Sepi



Dan sepi itu menghambat aku ke mana-mana sehingga menjadikan aku gelisah tiada jalan pulang. Aduhai, masa yang indah itu sudah pergi semuanya… sehingga tidak ada apa-apa lagi yang bersisa untukku di sini. Aku seperti camar yang patah sayap. Aku bagaikan biduk tanpa perhatian. Aku umpama permaisuri tanpa kerajaan. Lalu bagaimana lagi harus aku kutip sisa hari-hari mendatang yang sirna itu, bersendirian? Tanpa dia dan tanpa kamu? Aku betul-betul kesepian. Mana hilangnya semua masa lalu yang indah itu?

Code : NS005

Rental Price : RM6

09 April, 2009

Biru Ungu Cinta



Biru itu warna cintamu, Fattah. Warna yang terpancar indah dari penjuru matamu. Dalam diam aku dapat rasakan cinta yang bersinar, cinta yang tidak pernah pudar. Hangat dan menyala. Tulus dan bening… Sedangkan ungu itu warna dukaku. Yang membeku di dalam hatiku, yang mengalir dalam jantungku dengan luka yang paling dalam, berdenyut nyilu…menjalar pilu…menjulang lesu.




Code : NS003

Rental Price : RM3

06 March, 2009

Surat Ungu Untuk Nuha



Kalau cinta itu ada sayapnya… terbanglah dan hinggaplah di hati dia berbisiklah kepada dia yang telah kuberikan hatiku berbisiklah tentang rasaku yang satu serulah kepadanya Cinta, sapalah dia Cinta dengan cintaku pandanglah dia… dan ceritalah Cinta tentang aku yang sedang jatuh hati kepadanya.

Perjalanan kereta api pada malam dingin penghujung tahun 2005 telah menemukan Nuha Tajul Ariffin dengan Alang Rebus Tak Empuk. Nuha memang tidak menyenangi Nuha yang garang mengalahkan anak gergasi itu sejak awal. Titik! Padahal hidup ini rupa-rupanya tidak pernah ada ‘titik’ sebelum tiba waktunya. Hidup adalah suatu perjalanan waktu!


Code : NS006

Rental Price : RM4