15 May, 2009

Tanah Andriyana



Ahmad Fitri Hadi jatuh cinta pada Aliya, seteru keluarganya sejak zaman moyangnya lagi. Dia mula mendekati Aliya tanpa mendedahkan rahsia hati. Aliya pada mulanya keberatan menerima persahabatan Hadi disebabkan larangan keras ayahnya bagaimana pun mula lembut hati bila Hadi menawarkan khidmat untuk mengajar Aliya melukis yang sememangnya diminati Aliya. Hadi akhirnya meluahkan rasa hatinya pada Aliya, namun Aliya cuma mengganggap Hadi sebagai abang. Setelah mengetahui Aliya berhubungan dengan Hadi, Aliya telah diberi amaran oleh ayahnya supaya memutuskan persahabatan mereka. Semasa Aliya menghabiskan cuti bersama neneknya di Kent, tanpa diduga neneknya telah mengundang Hadi bercuti di sana. Pada mulanya Aliya bersikap dingin pada Hadi, namun akhirnya dia menyedari dia juga menyayangi Hadi. Mereka melangsungkan pernikahan tanpa restu keluarga. Seperti yang dijangka kedua keluarga memberi tentangan hebat pernikahan mereka, namun akhirnya memberi restu setelah kemelut pertingkahan kedua keluarga itu berjaya dirungkaikan.

Code : NS002

Rental Price : RM3

No comments: