Showing posts with label Anita Aruszi. Show all posts
Showing posts with label Anita Aruszi. Show all posts

17 December, 2014

Cinta Bukan Larangan



Dian dan Dina Azura, dua adik beradik yang membesar bersama tetapi tidak pernah sebulu. Ada saja yang tidak kena di hati Diaz yang terang terangan membenci Dina Azura di dalam hidupnya. Sehingga satu tahap dia cuba merogol gadis itu angkara kemarahan yang terpendam di lubuk hatinya. Kerana kesal dengan tindakannya Diaz melarikan diri ke luar negara. Namun tindakan itu tidak mampu meluputkan dosa yang dirasakannya terhadap Dina Azura.


Sepuluh tahun kemudian Diaz pulang ke tanah air dan bekerja dengan Alma Katherine, seorang ahli perniagaan berjaya. Namun dia tidak berani berhadapan dengan Dina Azura angkara perbuatannya yang lampau. Bagi Dina Azura dia tidak pernah membenci Diaz. Sejak kecil dia mengagumi Diaz namun dia terseksa kerana dibenci tanpa sebab. Seluruh jiwanya merana kerana selama ini dia menyimpan rahsia yang tidak mampu diceritakan kepada sesiapa lantaran dia sedar betapa besar dosanya mencintai abang sendiri.

Perkenalan Dina Azura dengan Johan telah menyemat cemburu di hati Diaz. Dia dan Dina Azura tidak mungkin bersama. Diaz nekad mahu membetulkan segala-galanya tetapi rahsia yang disimpannya selama 15 tahun itu akan melukakan hati ramai orang. Mampukah lagi dia menyimpan rahsia ini dari Dina Azura sedangkan dia mahu melindungi gadis itu.

Code : AA009
Rental Price : RM7

23 June, 2011

Tiada Sepertimu



Keifli : "Biar betul! Takkan Ruby ingat aku main cinta dengan anaknya? Hish! Mintak dijauhkan malapetaka ni. Siapa yang nak bertemankan perempuan seperti Zara? Sudahlan garang, keras kepala pulak tu!"

Zara : Betul ker aku bencikan Keifli? Kalau aku bencikan dia, kenapa aku setuju disatukan dengan lelaki itu?Rubiah : Benci tu satu perasaan yang amat dekat dengan cinta, Kif. I tahu you mampu buatkan Zara mencintai you. You mampu bahagiakan Zara."

Keifli dan Zara bersatu jua walaupun tanpa cinta di hati. Kenapa Rubiah nekad menyatukan anaknya dengan Keifli? Berjayakah Keifli menjinakkan Zara yang garang lagi keras kepala itu? Bolehkah Zara menerima Keifli di dalam hidupnya.

Code : AAZ007

Rental : RM5

12 October, 2009

Street Vendetta



Mungkin inilah takdir aku! Sampai bila-bila pun aku takkan berjaya memperolehi cinta yang aku harap-harapkan, bisik Kojie sambil menarik nafas panjang - Kojie

Lidah Anabella serta-merta kelu seribu bahasa. Tatapan mata Fakruzi membuatkan dia berada dalam keadaan serba salah dan bingung. This is totally a mess, Bella. Takkan dalam sekelip mata, Fakruzi boleh menyukainya - Anabella

Maafkan aku Kojie, kerana hanya baru sekarang, aku cuba untuk mengenali siapa kau yang sebenarnya. Baru sekarang aku cuba untuk menggali semula wajah yang hilang dari ingatan aku - Anabella

Tidak! Dia mungkin hilang dirinya, tapi dia tidak boleh kehilangan Anabella. Meskipun dia tidak ingat siapa Anabella sebelumnya, dia tidak ingat tentang pengalaman yang ditempuhinya bersama Anabella ke Cherating seperti yang diceritakan gadis itu padanya dulu namun ada sesuatu yang dia benar-benar pasti. Sesuatu yang memberi kekuatan dalam dirinya. Dia pasti. - Fakruzi

“Itu sajakah yang kau nak cakap pada aku? Setelah lama inin kau mempermainkan aku macam orang bodoh. Kau tahu aku merindui kau, tapi kau hanya berpeluk tubuh. Kau biarkan aku tertanya-tanya dan macam orang gila memikirkan siapa kau dan siapa Fakruzi.” - Anabella


Code : AAZ006

Rental Price : RM4

Hujan Rindu



Kerana kasih dan sayang seorang anak kepada ibunya, Anum Dahlia yang dilahirkan dan dibesarkan di luar negara sanggup menjejaki keluarga ibunya di Malaysia sehingga dia sanggup mengenepikan kepentingannya sendiri. Sanggup merendah beribu-ribu kilometer untuk menunaikan harapan dan impian ibunya yang sedang terlantar koma.

Anum Dahlia, seorang cucu yang mendambakan kasih sayang daripada datuk dan neneknya yang selama ini tidak pernah ditemuinya. Sebuah kisah tentang cinta yang hilang di bumi kelahiran, tapi ditemui pula cinta seorang lelaki milik Yuzer Taufik, di sebuah negara asing.

Tegas dalam keputusan dan berani menjejak kisah silam ibunya di sebuah negara yang tidak pernah dijejakinya selama ini, anum Dahlia menyamar sebagai seorang pelajar yang mahu membuat kajian tentang seni silat Melayu, membuatkan dia bertemu Tok anjang, datuknya.

Code : AAZ005

Rental Price : RM5

Sakti Cinta



Dina Azura membuka matanya perlahan-lahan. Ada air jernih bergenang di kelopak matanya saat itu. Ingatannya terhadap Diazey tidak pernah surut… Sejak dia menjejakkan kaji ke bumi Detroit, hanya beberapa kali Diazey menghubunginya. Itu pun lelaki itu lebih banyak bercakap dengan mamanya. Selepas itu penggilan Diazey tidak pernah muncul lagi, membuatkan hatinya separuh mabuk rindukan lelaki itu. “Diaz perlukan masa untuk bersendirian, dina. Sepanjang kes itu berlangsung, saya lihat dia tenang. Tapi saya tahu, jauh di sudut hatinya, dia menyimpan kecewa. Mana mungkin dia tidak berasa bersalah kerana menuduh ayah sendiri. Jika saya di tempatnya, mungkin saya tidak mampu melakukannya.” Kata-kata Johan siang tadi singgah semula digegendang telinganya. Dia melepaskan keluhan berat. Terasa perit dadanya mahu bernafas, sedang kepiluansemakin bercambah di hatinya. Dan untuk beberapa ketika, dia termenung sendirian di situ sehingga terlelap.

Code : AAZ004

Rental Price : RM5

17 September, 2009

Rembulan Berdarah




Dia tidak pernah meminta apa-apa. Cukuplah sekadar dia disayangi. Dan ibarat puteri dalam cerita dongeng, dia bertuah kerana disayangi semua orang meskipun hakikatnya dia hanyalah anak orang gaji di rumah Zainal Ikram. Di situ juga persahabatannya dengan anak tunggal Zainal Ikram, membuahkan hasil yang cukup tulus.

Namun mimpi tak selalunya indah, apabila pembunuhan Zainal Ikram menjadikan ayahnya suspek utama. Dan kebencian Engku Latifah memaksa dia dan ibunya pergi meninggalkan rumah itu buat selama-lamanya.

Penganiayaan demi penganiayaan melontar dirinya jauh ke dalam dunia Zafran dan ayahnya Bustaman. Kerana mahu menyelamatkan diri, dia terpaksa menukar identiti diri dan hidup sebagai adik Zafran. Tetapi hidup bersama Zafran rupanya lebih sukar bila hati Zafran mula terpaut. Sedangkan rindunya pada Nashriq Adli ibarat air yang tidak putus mengalir. Dan setiap rindu yang dirasakan dilakar dengan air matanya.

Adakah dia perlu meleraikan dendam demi cinta? Atau haruskah dia melupakan cinta untuk menuntut kembali apa yang telah dirampas darinya?

Code : AAZ003

Rental Price : RM5

Bunga Syurga



Riifki - Dia melihat cinta pertamanya dalam wajah suci sang gadis yang dahagakan secangkir kasih. Namum dingin hati lelakinya terus menolok kehadiran rasa dalam diri. Pertemuan demi pertemuan membibit rasa rindu. Tetapi sayang yang tidak terucap seumpama racun menjalar. Bila hati semakin tidak tertahan, kesakitan terasa perit mencengkam. Cinta sepatutnya memberi, mengasihi dan menerima. Tetapi cintanya hanyalah menyakiti, mengasari dan menyeksa diri. Semakin banyak dia memberi, semakin jauh cintanya lari.

Hijjaz – Hablur-hablur rindu sudah lama ternoktah dalam hidupnya. Kesepian membuatkan dia sering bermimpi di siang hari. Namun tidak pernah terlintas di mindanya akan terbit satu saat di mana dia mula merindui insane yang terlalu berbeza. Namun menyayangi lelaki itu bagaikan menyayangi baying-bayang sendiri. Semakin jauh dikejar semakin dirinya ditinggalkan. Suatu masa dia sudah lelah mengejar bila hakikat maha nyata terdampar di hadapan mata. Mungkin ini takdir azali, satu langkah abadi membongkar sebuat tragedi.

Code : AAZ002

Rental Price : RM5

15 May, 2009

Dedalu Di Hati



Sepanjang malam dia di sisi Aleya. Tidak puas-puas menatap wajah gadis itu. Wajah Aleya kelihatan comel dalam tidurnya. Mengingatkan peristiwa dia mengucup dan memeluk Aleya, Hadzril tersenyum sendiri. Dia sendiri tidak pasti kenapa dia bertindak begitu. Segala-galanya berlaku tanpa dirancang…

Irina memerhati gerak-geri Hadzril yang tekun menyiapkan kerjanya. Dia leka memerhatikan raut wajah Hadzril. Wajah tampan itulah yang diinginkan menjadi pelindung dalam hidupnya. Dia ingin mengecap bahagia bersama lelaki itu.

Code : AAZ001

Rental Price : RM4