Showing posts with label Nor Erny Othman. Show all posts
Showing posts with label Nor Erny Othman. Show all posts

16 June, 2009

Untuk Semua Lelaki Yang Pernah Kucintai

Qasima menyulam bibit kehidupan, meniti dari dunia silam menyusuri kehidupan hari ini. dia menginginkan kehidupan terpelajar tetapi terhalang gara-gara fitnah dan dipaksa kahwin dgn sepupu sendiri. Perkahwinan yg gagal itu telah mengurniakannya seorang anak lelaki. Dia membawa diri ke Kuala Kangsar, lalu bertemu seorang pelukis potret bernama Bakhtiar. Mereka jatuh cinta tetapi Qasima tidak sampai hati melukakan Saadiah yang sangat baik terhadapnya. Dia memberi peluang kepada Saadiah untuk memenangi Bakhtiar. Dia membawa diri ke Kuala Lumpur dan meninggalkan anaknya kepada Bakhtiar. Di sana dia bertemu dengan Jefri; lelaki kota kasanova yang suka berfoya-foya. Qasima terperangkap dan akhirnya tewas menjadi perempuan simpanan. Dia hamil dan melahirkan seorang anak perempuan. Terpedaya dan lesu, setelah Jefri meminggirkan diri, Qasima meninggalkan kota duka ini membawa diri ke Singapura dan menjadi perempuan kaberet. Di Kota Singa itu dia menggapai gemilang dan digilai ramai lelaki. Namun, dia lebih mengenali cinta suci dan lebih menyenangi Ali walaupun hanya seorang penarik beca. Ketulenan cintanya tercabar apabila dia sendiri jatuh hati pada seorang hartawan Inggeris, Sir Albert Spring. Kemiskinan dan kehinaan mengajar dirinya menolak kesucian cinta lalu memilih Sir Albert Spring dan menolak cinta Ali. Dia nekad mengikut Albert pulang ke England. Selepas kematian Albert 21 tahun kemudian, dia kembali semula ke tanah air dengan hasrat ingin menjejak semula dua orang anak yg pernah ditinggalkannya. Dan di dalam pencarian ini dia sekali lagi jatuh cinta dgn seorang lelaki yg jauh lebih muda darinya. Kali ini perasaannya lebih dicabar, lebih dionar, lebih dibakar dan lebih dicalar. Qasima; wanita separuh umur yang telah melalui pelbagai kepahitan hidup, kini menghadapi satu lagi kisah cinta yg lebih panas dari lahar. Andika yg dicintainya itu telah bertunang dengan Ayu Rusnani. Tetapi ia bukan sekadar itu tetapi lebih dari apa yang pernah difikirkannya. Untuk semua lelaki yang pernah dicintainya... cinta kalian tidak lebih dari kemusnahan.


Code : NEO004


Rental Price RM6

Bila Cinta Itu Jadi Milikku





Perjalan hidup Nurul Fitri, anak gadis peneroka Felda tidak seindah yang disangka. Ibu dan bapanya kakaknya, Sakinah yang sememangnya pintar tapi akhirnya anak harapan keluarga itu memusnahkan impian kedua orang tuanya. Fitri akhirnya dapat melanjutkan pengajian ke institusi pengajian awam Berjaya memperolehi keputusan cemerlang. Sepanjang pengajiannya pelbagai peristiwa pahit manis dilalui. Percintaannya dengan Ipan yang disemai semenjak zaman persekolahan gagal dipertahankan lantaran kasih Ipan berubah pada gadis lain. Mujurlan Pian teman sekampung banyak memberi perangsang dan semangat untuk Fitri meneruskan kehidupannya. Keakraban perhubungan mereka tanpa disedari telah membuahkan perasaan sayang tetapi masing-masing tidak meluahkannya. Takdir Tuhan menemukan Fitri dengan Abang Ridzwan, jiran sebelah rumahnya yang akhirnya menjadi tunangannya. Pian yang kecewa dengan berita pernikahan Fitri yang bakal berlangsung membawa diri ke Tokyo. Namun, sesuatu yang tidak disangka berlaku ketika hari pernikahan boleh dibilang dengan jari. Akhirnya… Pian Berjaya juga mengungkapkan lafaz cintanya pada Fitri.


Code : NEO003


Rental Price : RM5

02 March, 2009

Takagi Sayang


Mahligai perkahwinan yang dibina penuh indah. Disulam pula kasih dan cinta. Tetapi, kehadiran si dia yang pernah menyelamatkan nyawanya mengundang dilema. Si dia hadir meminta simpati, setelah hamil akibat diperkosa. Si dia perlukan suami… demi menutup onak diri yang sememang bukan kerelaannya. Mampukah diterimanya sedangkan dia bahagia bersama si isteri. Sanggupkah dihancurkan istana bahagia itu demi membalas jasa seseorang yang pernah memberikan nyawa padanya suatu ketika dahulu. Siapakah yang mengerti dan menyebelahinya?

Code : NEO002
Rental Price : RM6

Pergilah Lara


Andai melihat bulan, pandanglah pada bintang yang betaburan di dada langit. Jua renunglah damainya malam. Cinta ini tak akan bererti tanpa dugaan dan rintangan. Mutiaranya adalah sabar dan percaya. Kita saling beri dan memberi tapi penentunya Allah jua yang maha mengerti. Kekadang gelora hati mengusir jauh keredhaan kita terhadap takdir. Memang indah bersatu di alam khayalan, mencipta satu mahligai untuk direalisasi… tapi sayang, sesungguhnya hakikat hidup ini sebenarnya… Tak seindah mimpi-mimpi.
Code : NEO001
Rental Price : RM6