16 June, 2009

Untuk Semua Lelaki Yang Pernah Kucintai

Qasima menyulam bibit kehidupan, meniti dari dunia silam menyusuri kehidupan hari ini. dia menginginkan kehidupan terpelajar tetapi terhalang gara-gara fitnah dan dipaksa kahwin dgn sepupu sendiri. Perkahwinan yg gagal itu telah mengurniakannya seorang anak lelaki. Dia membawa diri ke Kuala Kangsar, lalu bertemu seorang pelukis potret bernama Bakhtiar. Mereka jatuh cinta tetapi Qasima tidak sampai hati melukakan Saadiah yang sangat baik terhadapnya. Dia memberi peluang kepada Saadiah untuk memenangi Bakhtiar. Dia membawa diri ke Kuala Lumpur dan meninggalkan anaknya kepada Bakhtiar. Di sana dia bertemu dengan Jefri; lelaki kota kasanova yang suka berfoya-foya. Qasima terperangkap dan akhirnya tewas menjadi perempuan simpanan. Dia hamil dan melahirkan seorang anak perempuan. Terpedaya dan lesu, setelah Jefri meminggirkan diri, Qasima meninggalkan kota duka ini membawa diri ke Singapura dan menjadi perempuan kaberet. Di Kota Singa itu dia menggapai gemilang dan digilai ramai lelaki. Namun, dia lebih mengenali cinta suci dan lebih menyenangi Ali walaupun hanya seorang penarik beca. Ketulenan cintanya tercabar apabila dia sendiri jatuh hati pada seorang hartawan Inggeris, Sir Albert Spring. Kemiskinan dan kehinaan mengajar dirinya menolak kesucian cinta lalu memilih Sir Albert Spring dan menolak cinta Ali. Dia nekad mengikut Albert pulang ke England. Selepas kematian Albert 21 tahun kemudian, dia kembali semula ke tanah air dengan hasrat ingin menjejak semula dua orang anak yg pernah ditinggalkannya. Dan di dalam pencarian ini dia sekali lagi jatuh cinta dgn seorang lelaki yg jauh lebih muda darinya. Kali ini perasaannya lebih dicabar, lebih dionar, lebih dibakar dan lebih dicalar. Qasima; wanita separuh umur yang telah melalui pelbagai kepahitan hidup, kini menghadapi satu lagi kisah cinta yg lebih panas dari lahar. Andika yg dicintainya itu telah bertunang dengan Ayu Rusnani. Tetapi ia bukan sekadar itu tetapi lebih dari apa yang pernah difikirkannya. Untuk semua lelaki yang pernah dicintainya... cinta kalian tidak lebih dari kemusnahan.


Code : NEO004


Rental Price RM6

1 comment:

Anonymous said...

hai, klo u still ada buku ni, sya nak beli, klo d jual la, sbb bertahun da ni cari