04 March, 2009

Misteri Cinta





Setiap kali Ida bercakap soal kahwin, Ridzuan akan cuba mengubah perbualan mereka ke topik lain. Ida bukan tidak risau dengan pandangan masyarakat. Ida juga takut Kartina akan dapat menghidu perhubungan mereka berdua, membuat perhubungan tanpa ikatan yang halal di sisi agama. Pernah beberapa kali Ida cuba memutuskan perhubungan mereka. Tetapi akhirnya dia gagal berbuat begitu. Ridzuan sudah terlalu banyak berbudi padanya. Rumah, persekolahan Kartina adalah sebahagian besarnya dibiayai oleh Ridzuan. Lagipun, kalau Ida memutuskan perhubungan dengan Ridzuan, dia tidak boleh lagi bekerja di syarikat kepunyaan Ridzuan. Selagi dia melihat Ridzuan di pejabat, selagi itulah dia tidak akan berjaya melupakan lelaki itu.



Code : NVR002


Rental Price : RM1

No comments: