03 March, 2009

Pasrah Kasih



Andai benar wanita penyeri hidup, mengapa mesti ada luka di hati mereka? Mengapa harus ada sengsara dalam nafas mereka. Penghijrahan Zuliyanti ke Malaysia demi untuk mengubah nasib keluarga. Pun dia tidak pernah menjangka akan terjerumus dalam kemelut yang menuntut pengorbana besar dirinya. Tanpa diduga, dia terleka dengan permainan duniawi yang yang tidak menjanjikan apa-apa. Layanan menggoda Saiful membuahkan sayang di hati dan tanpa sedar telah menghanyutkan dari dunia realiti. Saiful pula kian terjebak dalam permainan yang diciptanya sendiri. Demi sayangnya pada Karmila; isteri yang setia, kerana kasihnya pada Zuliyanti; kekasih yang manja memaksa dia mengatur permainan dan permainan agar tidak ketara cela lakonannya. Pengorbanan Zuliyanti menghidupkan lagi sandiwara Saiful. Niatnya hanya satu, untuk menghalalkan yang haram dan tidak terus terjerumus dalam dunia kemaksiatan. Namun… segala yang manis hanya datang sekali. Hari demi hari perubahan Saiful mendesak Karmila melayani rasa sangsi yang sesekali mencengkam diri. Salahkan Karmila andai curiga menguasai fikiran tika bahagia yang dicari dan didamba selama ini kuan menghilang? Tergugatkah kedudukannya dengan kehadiran gadis manis menggoda ini? Dan tegakah Zuliyanti memusnahkan kebahagiaan insan lain semata- mata untuk kupuasan diri sendiri? Yang pasti, tiada siapa yang mahu kecundang, tiada hati yang mahu terluka dalam dunia ciptaan Saiful ini…
Code : MH001
Rental Price RM4

No comments: