04 March, 2009

Sangkar



Ah..., apa yang istimewa tentang aku? Tidak ada yang istimewa. Tidak ada yang menarik. Mereka tidak tahu keturunan aku yang serba kekurangan. Serba tidak punya. Aku hanya anak nelayan. Apalah istimewanya anak nelayan yang tercampak jauh dari kampong halaman sendiri. Yang dibuang ke daerah sepi. Dan rasanya…, kalaupun mengerti, hanya Mak Long saja. Kerana di rumah besar itu yang banyak bertanya tentang kisah hidupnya cumalah Mak Long. Andak tidak banyak bertanya. Tidak pernah mencungkil kisah hidupnya. Jauh sekali dengan Herman. Yang paling penting bagi Herman ialah anak-anaknya sendiri, fikirnya dengan sedih.

Code : SMN004

Rental Price : RM3

No comments: