04 March, 2009

Bulan Berbisik



Andai malam bisa merisik, pasti purnama akan berbisik. Berbisik tentang cinta… tentang derita… tentang madu… tentang hempedu. Menikmati keindahan purnama di sebalik jendela, Khadijah sedar bulan ciptaan-NYA penuh rahsia, bagai mengungkap rahsia dirinya. Bila rasa ngilu kian terasa, dia mengembara mencari diri. Kusedari… betapa selama ini aku tertipu dengan bayang-bayang mentari, sedangkan rembulan sudah lama menghuni. Kuakui… mengujiku adalah mainan-Mu. Memberi juga adalah limpah kurnia-Mu. Mengambil juga adalah hak-Mu. Justeru aku kian berani menempuh realiti ini. Lalu, Khadijah mencari Aima. Mahu dilamarnya. Namun, dimana? Aima Adawiyah mencari satu pengabdian tapi dia bertemu cinta. Cinta yang pernah dihumban jauh dari hidupnya. Hatinya menjadi celaru, langit jiwanya berubah biru. Di persimpangan, Khadijah dan Aima bertemu. Kedua-duanya mengusung cinta yang ketara berbeza.

Code : SMN007

Rental Price : RM4

No comments: