17 December, 2014

Lelaki Itu Untukku


Orked Harlina anak tunggal ayahnya tetapi tiada istilah ditatang bagaikan minyak yang penuh oleh si ayah yang jela membencinya. Kerana itu dia menjadi gadis yang keras hati, suka melawan dan sedikit liar. Apabila si ayah berkahwin dengan seorang janda anak satu hatinya semakin panas. Kes tidur di lopak semalaman menemukan dia dengan Idlan Riyaz, anak kepada emak tirinya yang selama ini belajar di luar negara. Idlan yang sentimental, cool dan pandai mengenakan membuatkan Orked menyampah. Dia tidak pernah punya seorang abang dan tidak ingin Idlan menjadi abangnya.

Apabila dia yang sering keseorang tiba-tiba dilindungi oleh guardian angel maka episod baru bermula. Jadilah dia secret admirer abang tirinya. Dia mula belajar menyayangi, mempercayai dan menerima. Kerana Idlan Riyaz jugak dia kenal Tengku Emery Iskandar, si playboy a.k.a bff Idlan Riyaz tetapi orangnya kerek bukan main. Bagi Orked Harlina, Idlan Riyaz lebih sempurna dan penyayang berbangi Tengku Emery Iskandar. Namun dalam ketidak sempurnaan Tengku Emery Iskandar di matanya namun lelaki itu punya hati yang luhur.

Code : MZA002
Rental Price : RM6

No comments: