23 June, 2011

Nian Di Hati



Amy atau Nur Amelia Sherina bagaikan layang-layang yang terputus tali apabila ayahnya dibunuh dan rumahnya dibakar. Ibunya yang terpisah sejak kecil pulak tidak ditemui. Mujur ada sahabat yang baik hati. Hani dan abangnya, Arif mengajak Amy tinggal bersama di rumah keluarga mereka.

Namun ibu Hani, Datin Mastura tidak boleh menerima kehadiran Amy. Amy menjadi kuli tidak bergaji di rumah itu. Malah, dia dicemuh adik beradik Hani dan Afir yang lain. Afir yang sepatutnya berkahwin dengan Shafiza melamar Amy sebagai isteri setelah Shafiza membatalkan perkahwinan mereka. Amy menerima Arif kerana lelaki itu bersungguh-sungguh mahu melindunginya dari berterusan dibuli.

Perkahwinan yang dibina sentiasa dipukul ombal. Datin Mastura dan Shafiza tidak puas-puas mahu melihat Afir dan Amy menderita dan berpisah. Amy yang sarat mengandung keguguran akibat perbuatan ibu mertua sendiri. Air mata sentiasa menemaninya sepanjang masa, Entah bila deritanya akan berakhir. Doanya moga ada sinar kasih yang mencelah walau sedikit.

Code : EN001

Rental : RM4

No comments: