13 June, 2012

Cinta 3 Suku


Sketsa perang di pertengahan jalan menjadi detik pertama antara Minah Sewel dan Mamat 3 Suku. Sejak itu, pertemuan demi pertemuan tercipta. Anehnya setiap pertemuan dihiasi insiden perlanggaran.

Iman - gadis comel yang nakal dan perwatakan kasar atas dasar mahu melindungi diri lantaran pengalaman masa silam. Kehilangan abah tersayang menjadikan dia sebatang kata. Kebencian ibu tiri menambah lara hidupnya lantas dia membawa diri ke kota. Kehadiran Suhaila dan Razif secara tidak dirancang membolehkan dia menumpang kasih sayang.

Arie - pertemuan dengan Iman menghadirkan seorang musuh dalam hidupnya. Si Minah Sewal, sikap kasar dan mulut celupar gadis itu menimbulkan kejengkelan di hatinya. Tidak seperti kekasihnya yang manja dan pandai menggoda.

Iman dan Arie tidak sehaluan. Seorang ke simpang kiri, seorang lagi ke selekoh kanan. Tetapi, haluan berbeza itu membawa mereka ke satu jalan yang lurus bernama keserasian. Namun tiada seorang pun menduga lorong yang sedang mereka lalui itu rupa-rupanya penuh dengan onak dan duri.

Code : HD 001

Rental Price : RM4


No comments: