17 September, 2009

Kasih Seharum Lavender



Pada suatu detik itu, dirinya mewah dengan kasih sayang. Dia punya Ummi yang penyayang, seorang abang yang prihatin dan Nurul Adlynn, teman akrab yang dikenalinya sewaktu di perantauan. Dia bahagia walaupun di sebalik itu, kesabarannya sering teruji dengan sikap majikannya, Ezany yang tidak pernah senang dengan kehadirannya. Perlian dan bicara sinis lelaki itu menjadi halwa telinganya setiap kali mereka bertemu. Hinggakan dia adakalanya lelah dengan situasi begitu!

Pertemuan dengan Tengku Hadif Zafran begitu unik. Terjadi di saat tidak terduga dan tidak mampu dibayangkan. Aneh! Tapi, mungkin itulah dikatakan takdir. Pertemuan demi pertemuan akhirnya membibitkan rasa. Bayu-bayu rindu mula menggamit sekeping hatinya buat lelaki itu. Cintakah itu yang dating mengetuk pintu hatinya.

Seperti menyedari sikap keterlaluannya selama ini, Ezany berubah sikap. Tanpa angina, tanpa rebut yang membawa sebarang petanda. Tutur katanya sudah tidak sepanas dahulu. Lebih lembut dan gemar bergurau. Dalam diam dia menyenangi perubahan lelaki itu. Walau di hati dia bimbang seandainya perubahan itu Cuma sementara. Mungkinkah?

Belum sempat dia dia berpeluang melayan perasaan yang hadir, Ummi tiba-tiba sahaja ingin menjodohkan dia dengan Hadif. Dia terima biarpun pada mulanya dia gusar dan keliru. Mampukah dia menjalin bahagia hanya dengan rasa cinta tanpa mengenal lelaki itu terlebih dahulu? Impian dan angan-anganya untuk hidup bersama Hadif berkecai bila mendapat tahu Nurul Adlynn turut menaruh perasaan pada lelaki itu. Warna-warna kelukaan dan penderitaan mulai mewarnai perjalanan hidupnya. Dia seperti buntu. Dia tersepit antara kasih sayang seorang sahabat setia, keinginan dan harapan seorang ibu yang melahirkannya dan antara cintanya sendiri yang mula berputik.

Dalam setiap keputusan, ada akibat yang perlu dihadapi. Lantaran kerana keputusan itu, dia hilang kasih sayang daripada seorang yang amat dekat di hatinya. Dia rela walaupun kecewa. Namun dia tetap berharap suatu hari nanti kasih sayang itu akan hadir lagi dalam hidupnya. Dan setelah hujan berlalu pergi, ternyata ada cahaya mentari yang menanti. Sayangnya, cahaya yang diharap berpanjangan itu, hadirnya sekejap Cuma. Kehilangan insane yang paling beerti buat dirinya melontarkan dia ke pelusuk duka. Sekali lagi. benarkah sekeping hati yang perlu dicari itu bukan Hadif pemiliknya? Mampukah kasih seharum lavender itu terus dia kecapi.

Code : EA001

Rental Price : RM6

No comments: