01 June, 2009

Sara Kirana




Soal hati sukar untuk dimengertikan. Sayang bukan bererti cinta, kasih bukan bererti sayang. Maisarah seorang isteri yang taat dan patuh kepada suaminya, zulfakar. Namun tanpa sebab yang kukuh dia telah diceraikan. Melayari kehidupan rumah tangga bersama Zulfakar membuatkan Maisarah bahagia dengan caranya walaupun Zulfakar tidak menghargainya sebagai seorang isteri. Zahrin, adik Zulfakar telah membantu Maisarah kerana tiada siapa lagi yang boleh diharapkan. Di saat Maisarah memerlukan Zahrin tiba-tiba Zahrin telah pergi melanjutkan pelajaran ke luar Negara. Bertolak dari ras kecewa akibat diceraikan, Maisarah bangkit semula sebagai Sara Kirana, seorang penulis novel yang disegani. Dalam meniti hari-hari yang mendatang, Zahrin muncul menagih cinta Maisarah. Sebenarnya, Zahrin telah mencintai Maisarah sebelum dia bergelar isteri Zulfakar. Namun percintaan mereka mendapat tentangan dari bekas mertua Maisarah. Mereka tidak bersetuju kerana dianggap kurang manis memandangkan Zulfakar masih hidup. Kerana sayangkan anak, akhirnya mereka menerima Maisarah sekali lagi menjadi menantu. Selepas mereka berkahwin, Zulfakar cuba mendekati Maisarah kembali. Perkahwinan barunya dengan Elly tidak bahagia. Zahrin mula cemburu pada abangnya. Malang tidak berbau, tiba-tiba Zahrin ditimpa kmalangan di tempat kerja dan terlantar koma berbulan-bulan. Apakah yang terjadi kepada Maisarah setelah mengetahui Zahrin koma. Dapatkan dia menerima Zulfakar ?




Code : RR001


Rental Price : RM4

No comments: