03 March, 2009

Cinta Marissa



Marissa meninggalkan keluarganya setelah putus cinta dengan Rahimi. Dia berkelana membawa diri. Di sebalik kedudukan keluarganya yang bangsawan, Marissa menyamar sepeti orang biasa. Dari seorang gadis yang lembut dan penyayang, Marissa berubah menjadi kasar, degil dan pemarah. Perkenalannya dengan Adibah, Ishqal, Umi Nor, Iqbal dan Espariza telah membuka dimensi baru dalam hidupnya. Diam-diam, Marissa jatuh hati pada Iqbal yang pendiam. Ishqal pula bertepuk sebelah tangan apabila Adibah menolak kasihnya. Umi Nor pula dimadukan oleh suaminya dengan gadis yang sebaya anak mereka. Dan Espariza pula rupanya menjadi isteri kedua Tan Sri Ahmad Shuib iaitu suami Umi Nor. Semuanya memang tak diduga. Dalam suka ada duka. Dalam bahagia ada derita. Begitulah tragedi yang menimpa Marissa. Setelah ternoda, dia cuba menjauhkan diri. Namun, Iqbal dating menghantar pinangan. Tapi… Marissa menolak. Akhirnya, Marissa akur, aku cintakan kau Iqbal…

Code : KR001
Rental Price : RM3

No comments: