03 March, 2009

Kau Kekasihku



Hadirmu bagai sinar mentari pagi. Menerangi lorong kelam lagi sunyi selama ini kulalui. Melenyapkan kedukaan yang bagai berkurun lama menjara jiwaku dalam sepi. Terasa kini, bahagia ada di mana-mana. Hanya dirimu yang bertakhta di hati. Pandanglah ke dalam mataku… selamilah jauh hingga ke dasarnya. Pasti yang akan kau lihat adalah rinduku terhadapmu. Tapi, apakah getaran cinta yang meruntun hati hanya aku saja yang merasakannya? Zairi… hatimu sebenarnya untuk siapa? Mengapa kau terus membisu ketika aku amat yakin yang aku bukan berbayang seorang diri? Aku tahu cintaku berbalas, tapi mengapa tak pernah sekalipun kau melafazkannya? Aku tahu perkahwinan bukan janji syurga… bukan janji bahagia, tapi sepenuh hati dan jiwa aku pertaruhkan. Aku sangka kita berkongsi impian yang serupa dalam membina istana bahagia, tapi rupa-rupanya kehadiranku bagai tak bermakna apa-apa. Reaksimu dingin dan beku. Menghampakan. Melontar diriku ke lembah duka nestapa. Sungguh kesucianku tak tercela, tapi… aku difitnah oleh siapa sehingga kau tak mahu menyentuhku? aku ibarat musafir di padang pasir yang dahagakan setitis kasihmu. Menanti saat kau dating kepadaku dengan penuh rindu. Zairi… mengapa hubungan kita aneh begini? Aku tak mengerti sandiwaramu. Rahsia apakah yang kau cuba sembunyikan hingga terus terpendam menjadi misteri. Ah, lelaki… apakah sememangnya dilahirkan untuk melukakan hati perempuan? dan perempuan pula, selama mana harus membiarkan hati terus terluka?

Code : AA004
Rental Price : RM4

No comments: