17 December, 2014

Lelaki Itu Untukku


Orked Harlina anak tunggal ayahnya tetapi tiada istilah ditatang bagaikan minyak yang penuh oleh si ayah yang jela membencinya. Kerana itu dia menjadi gadis yang keras hati, suka melawan dan sedikit liar. Apabila si ayah berkahwin dengan seorang janda anak satu hatinya semakin panas. Kes tidur di lopak semalaman menemukan dia dengan Idlan Riyaz, anak kepada emak tirinya yang selama ini belajar di luar negara. Idlan yang sentimental, cool dan pandai mengenakan membuatkan Orked menyampah. Dia tidak pernah punya seorang abang dan tidak ingin Idlan menjadi abangnya.

Apabila dia yang sering keseorang tiba-tiba dilindungi oleh guardian angel maka episod baru bermula. Jadilah dia secret admirer abang tirinya. Dia mula belajar menyayangi, mempercayai dan menerima. Kerana Idlan Riyaz jugak dia kenal Tengku Emery Iskandar, si playboy a.k.a bff Idlan Riyaz tetapi orangnya kerek bukan main. Bagi Orked Harlina, Idlan Riyaz lebih sempurna dan penyayang berbangi Tengku Emery Iskandar. Namun dalam ketidak sempurnaan Tengku Emery Iskandar di matanya namun lelaki itu punya hati yang luhur.

Code : MZA002
Rental Price : RM6

Cinta Bukan Larangan



Dian dan Dina Azura, dua adik beradik yang membesar bersama tetapi tidak pernah sebulu. Ada saja yang tidak kena di hati Diaz yang terang terangan membenci Dina Azura di dalam hidupnya. Sehingga satu tahap dia cuba merogol gadis itu angkara kemarahan yang terpendam di lubuk hatinya. Kerana kesal dengan tindakannya Diaz melarikan diri ke luar negara. Namun tindakan itu tidak mampu meluputkan dosa yang dirasakannya terhadap Dina Azura.


Sepuluh tahun kemudian Diaz pulang ke tanah air dan bekerja dengan Alma Katherine, seorang ahli perniagaan berjaya. Namun dia tidak berani berhadapan dengan Dina Azura angkara perbuatannya yang lampau. Bagi Dina Azura dia tidak pernah membenci Diaz. Sejak kecil dia mengagumi Diaz namun dia terseksa kerana dibenci tanpa sebab. Seluruh jiwanya merana kerana selama ini dia menyimpan rahsia yang tidak mampu diceritakan kepada sesiapa lantaran dia sedar betapa besar dosanya mencintai abang sendiri.

Perkenalan Dina Azura dengan Johan telah menyemat cemburu di hati Diaz. Dia dan Dina Azura tidak mungkin bersama. Diaz nekad mahu membetulkan segala-galanya tetapi rahsia yang disimpannya selama 15 tahun itu akan melukakan hati ramai orang. Mampukah lagi dia menyimpan rahsia ini dari Dina Azura sedangkan dia mahu melindungi gadis itu.

Code : AA009
Rental Price : RM7

16 December, 2014

Di Hatiku Ada Kamu


RIAN AULIA -  Terlanjur cinta pada yang salah mampukah kita tekan padam rasa itu dari hati ? Pertemuan Adif dan Rian bertitik dari temu janji yang diatur oleh keluarga. Anehnya pada Rian lelaki itu sangat misteri dan mempunyai auranya tersendiri. Tanpa desakan mana-mana pihak lamaran Adif diterima dengan hati yang terbuka oleh Rian sementelah Adif tampak seperti lelaki yang bubiman. Namun tidak terduga sebuah kebenaran tersingkap hampir menjadikan Rian kecundang.

AHMAD ADIF RAYQAL - Antara rasa cinta pada Rian Aulia, kasihnya pada Adelia, sayangnya kepada arwah ibu bapanya dan sikap sopannya kepada ibu bapa Rian Aulia menjadikan dia seorang yang sangat perahsia dan sangat misteri kerana di hatinya ada sesuatu yang terpendam.

Code : RC001
Rental Price : RM5

15 December, 2014

Cinta Kita Sempoi


Sonia - anak hartawan yang bekerja sebagai cleaner. Bekerja untuk meredakan tekanan dan mencari kebahagiaan yang telah lama hilang. Dalam diam, dia mula mencuri pandang pada bosnya yang berwajah sejuk tapi mahal dengan senyuman. Perasaannya kembali terisi tapi ikhlaskan lelaki itu menerima dirinya yang serba kekurangan itu?

Joe - lelaki hebat, baik dan prihatin. Dia ada segalanya tapi hatinya kosong tanpa cinta. Tanpa diduga kehadiran Sonia mula mewarnai hari-harinya. Di saat hatinya berlagu rindu, dia dikejutkan dengan berita tak diduga.

PENIPU! Akibat terlalu marah dan rasa tertipu, Joe menghalau Sonia jauh daripada hidupnya. Tapi lucunya cakap tak serupa bikin. Bila Sonia menghilang, Joe jadi sasau. Sakit hatinya melihat Sonia didampingi lelaki yang lebih handsome dan bergaya. Aduh, apa nak buat ni? Walau apa yang terjadi Joe mesti menawan hati Sonia semula. Kalau tak, jiwa kacau.

Code : UW001
Rental Price : RM5

27 November, 2013

Miss XL


Aduh! Kenapa? Kenapa? Kenapa? Dah pupus ke perempuan dalam dunia ni? Dah lenyap ke perempuan yang cantik menawan dalam dunia ni? Sungguh dia tak rela nak menghadap anak gajah tu. Secretary orang lain XS tapi secretarynya XL.

Nama sebenar cukup indah tapi digelar Miss XL. Sedihnya.. kejamnya! Perempuan bersaiz XL pun ada kelebihan sendiri tau.

Aime digelar Miss XL dikalangan rakan sepejabatnya kerana saiz badannya yang sihat dan gebu itu. Walaupun begitu dia tetap meneruskan tugas menjaga akaun seperti biasa sehinggalah jawatannya tiba-tiba ditukar kepada setiausaha Azki. Azki pulak tidak rela Aime menjadi setiausahanya namun dia terpaksa menerima anak gajah itu atas sebab-sebab yang tertentu. Pelbagai peristiwa kelakar terjadi semasa Aime menjadi setiausaha kepada Azki.

Code : RF 001

Rental Price : RM5 

26 November, 2013

Yes Boss


Selain menjalankan tugas rasmi seorang setiausaha, Aryana juga dikehendaki menjalankan tugas ‘tak rasmi’ seorang setiausaha. Kena cover line untuk bosnya setiap kali bosnya mengular, juga ketika teman-teman wanita bosnya merajuk, perlu dipujuk dan sebagainya. Setiap arahan bosnya wajib dijawab dengan:- Yes, boss! Pening kepala Aryana meladeni setiap kerenah bosnya itu. Tetapi, boleh pula Aryana bertahan dengan sikap bosnya itu, hinggakan mereka semakin rapat.


Hati dan perasaan… siapalah yang dapat mengawalnya…. Dalam diam, Aryana telah jatuh hati dengan bosnya tetapi dipendamkan sahaja. Dia sendirian makan hati dengan sikap hidung belang bosnya itu.

Dan bila Aryana tiada di sisi, Ilham mula terasa kehilangan. Tatkala dia sedar bahawa dia memerlukan Aryana lebih daripada seorang bos memerlukan setiausaha, dia terpaksa pula berdepan dengan mantan mat rempit di kampung Aryana yang kini sudah bertukar menjadi tauke bengkel dan kolam ikan keli.

Code : ARS 002

Rental Price : RM4

Jaja & Din


Cinta pandang pertamakah ini...


Sekiranya tiba-tiba anda bertemu dengan lelaki yang membuat jantung anda berlari setara dengan kelajuan jet Sukhoi buatan Rusia, dan mata anda pula tak bisa berpaling daripada dia biarpun sedetik, lalu apa tindakan anda?

Cinta telah membuat aku tidak lut lagi dengan segala ‘peraturan hati’ yang selama ini aku junjung!

Implikasinya:
Abah dan uminya rasa
Alahai, anak abah ni, awat la sampai jadi lagu tu!
Mama nak sorok muka ni kat mana, Jaja?

Inilah cerita Jaja yang meminang ustaz Sastera Arab lulusan Universiti al-Azhar sebagai suami. Tegarkah Jaja seorang media planner memilih hidup ala-ala ‘zuhud’ macam Din nanti?

Code : NS 007

Rental Price : RM4